Kakitangan Kerajaan Dapat ‘Duit Raya’


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri ‘Bantuan Khas Kewangan’ sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

– MSTAR

ps : Alhamdulillah..lega sket rs…dpt gak duit raya dr “bos besar”…leh raya nga senyum lebar..hehe..jom abah..kita shopping baju raya..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


6 Responses

  1. nome berkata:

    syoknyer dpt duit raya…sure hati berbunga2 dpt duit raya….leh la sopping tuk raya kan?

  2. mamashasha berkata:

    ainey, betul tak aku cakap? kan ada duit raya tuk gomen…hehe boleh shopping lebih kan..

  3. suhida berkata:

    nak gak duit rayaaaa,aku bayar cukai peeeee…..

  4. mumyShaneQeisha berkata:

    mesti semua penjawat awam senyum lebar dgn berita ini..
    *semangat nak shopping ya..:)

  5. fazilzura berkata:

    waaa jelesssss

  6. ardinihumaira berkata:

    Alhamdulillah ..
    kalo anak kakitangan dia takmo kasi ke kak. hiksss

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge