Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1433H / 2012M

Assalamualaikum WBT & salam Sejahtera

Memandang esok dah  mula puasa, so ibu nak share info mengenai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1433 H / 2012M yang wajib kita semua tunaikan.

Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditentukan oleh setiap negeri di Malaysia

BIL NEGERI KADAR ZAKAT FITRAH 1433H
1. Johor RM5.00 / RM8.00
2. Kedah RM7.00
3. Melaka RM6.50
4. Kelantan RM7.00
5. Negeri Sembilan RM6.50
6. Pahang RM7.00
7. Selangor RM7.00
8. Terengganu RM4.50 / RM7.00 / RM7.60
9. Sabah RM7.00
10. Perlis RM6.00
11. Pulau Pinang RM7.00
12. WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan RM7.00
13. Sarawak RM6.50
14. Perak RM7.00

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

ps : semoga info ini dapat membantu dan memudahkan kita utk menunaikan kewajipan membayar zakat ini.

 687 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*