Assalamualaikum WBT & salam Sejahtera
Memandang esok dah mula puasa, so ibu nak share info mengenai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1433 H / 2012M yang wajib kita semua tunaikan.
Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditentukan oleh setiap negeri di Malaysia
BIL | NEGERI | KADAR ZAKAT FITRAH 1433H |
---|---|---|
1. | Johor | RM5.00 / RM8.00 |
2. | Kedah | RM7.00 |
3. | Melaka | RM6.50 |
4. | Kelantan | RM7.00 |
5. | Negeri Sembilan | RM6.50 |
6. | Pahang | RM7.00 |
7. | Selangor | RM7.00 |
8. | Terengganu | RM4.50 / RM7.00 / RM7.60 |
9. | Sabah | RM7.00 |
10. | Perlis | RM6.00 |
11. | Pulau Pinang | RM7.00 |
12. | WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan | RM7.00 |
13. | Sarawak | RM6.50 |
14. | Perak | RM7.00 |
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
ps : semoga info ini dapat membantu dan memudahkan kita utk menunaikan kewajipan membayar zakat ini.
800 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini