K-Drama Let’s Eat 3

K-Drama Let’s Eat 3 atau 식샤를 합시다 3 (shiksyareul habshida 3) ini merupakan sekuel ke 3 drama Let’s Eat yang terdahulu iaitu Let’s Eat (2013) dan Let’s Eat 2 (2015). Ia di arahkan oleh Choi Kyoo Sik dan jalan cerita ditulis oleh Lim Soo Mi. K-Drama Let’s Eat 3 ditayangkan bermula 16 Julai – 28 Ogos 2018 pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.30 malam di saluran TVN.  Drama ini bersiaran dengan 14 episod yang masing-masing berdurasi 1 jam lebih.

k-drama let's eat 3
Poster K-Drama Let’s Eat 3

Let’s Eat 3 dilakonkan oleh Yoon Doo Joon (윤두준) yang memegang watak sebagai Koo Dae Young dan Baek Jin Hee (백진희) sebagai Lee Ji Woo. Lain-lain pelakon adalah Lee Joo Woo (이주우) dan An Woo Yeon (안우연).

Sinopsis K-Drama Let’s Eat 3

Koo Dea Young mengalami kemerosotan di dalam pekerjaan sebagai penjual insurans dan kehidupan peribadinya selepas tunangnya Soo Ji meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Suatu hari, Ko Dea Young bertemu dengan Lee Ji Woo buat pertama kali selepas berpisah selam 12 tahun. Mereka merupakan teman lama ketika di universiti. Mengetahui tempat tinggal Lee Ji Woo, Koo Dae Young menyewa rumah di kejiranan yang sama.

Lee Ji Woo merupakan inspirasi Ko Dae Young untuk menjadi seorang Gourmet atau pencinta seni kulinari. Walau bagaimana pun, Lee Ji Woo sudah tidak berminat dengan seni kulinari dan Lee Ji Woo kini berkerja sebagai seorang jururawat. Dia hanya makan mengikut keperluannya dan tidak lagi menikmati seni makanan. Keadaan berubah apabila, Koo Dae Young tinggal berjiran dengan Lee Ji Woo. Koo Dae Young bertukar kerjaya daripada penjual insuran kepada pencipta makanan. Dan, mereka mula makan bersama.

Tonton K-Drama Let’s Eat 3

K-Drama ini boleh ditonton di VIU

Jom Kongsi!
  • 1
    Share

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



2 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. K-Drama Lovely Horribly – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge