Site icon Blog Ibu Mifzal

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

PLUS telah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan Aidlfitri dan kemerdekaan bagi tahun ini. Ini adalah untuk memudahkan para pengguna lebuhraya PLUS untuk merancang hari dan waktu perjalanan pulang berhari raya nanti.

PETALING JAYA: PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini. “Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.

Baca berita selanjutnya di SINI

Kengkawan dah rancang ke nak balik kampung bila? ibu dah set dah tarikh nak balik pada hari apa. alahai, mesti banyak keeta atas jalan raya ni. raya kali ni ramai org ambil cuti lama kan. ibu pun seminggu cuti. rasanya bukan orang islam je yg pulang beraya ni. kaum lain pun sama ambil peluang  cuti  raya ni utk jumpa sanak keluarga di kampung.

ps : Ibu sebenarnya dah rancang nak bertolak awal pagi, sebab kalau boleh tak nak la sampai malam ke kampung, almaklumlah kampung jauh. Sama-sama doakan perjalanan pergi dan balik selamat ya. Hati-hati ketika memandu semua 🙂

 1,610 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version