Hujung minggu yang lesu. Pagi hari Jumaat lepas, sudah menunjukkan tanda ibu tidak sihat. Mula-mula ibu ingat cuma demam selesema dan sakit tekak sahaja. Itu biasa ibu alami. Cuma kali ini bahagian rahang iaitu leher sebelah kanan ibu membengkak. Tak lena tidur ibu malam itu.. Dah la susah nak bernafas, leher plak sakit.
Pagi sabtu, ibu ke klinik panel yang berdekatan (tak dekat juga sebab jarak dalan 30km). Kata doktor, demam disebabkan sakit tekak n memyebabkan tonsil juga bengkak. Ibu dibekalkan dengan ubat antibiotik, demam, sakit tekak n selesema.
Hujung Minggu Yang Lesu – Kena Tonsil
Tonsil? Sebelum ini cuma dengar pengalaman kakak ibu dan ada beberapa kawan-kawan ibu yang pernah kena demam bengkak tonsil ni. Kali ini, ibu pula merasainya. Memang tak tidur lena lah menahan kesakitan tekak dan bengkak tonsil ni. Ibu lekatkan cool fever. Konon kesejukkan cool fever itu boleh kurangkan kesakitan. Tapi ia memang agak membantu.
Bila tidak sihat di hujung minggu, tiada aktiviti yang dapat dilakukan. Terperap sahaja ibu kat rumah. Lesu dan muram sahaja.
Hari ini, ibu masih bercuti sakit. Harapan, lekas sembuh kerana hujung minggu ini ibu kena ke Kuala Lumpur pula. Ada kelas pertemuan kedua UUM PLK. Macam mana nak jawab kuiz kalau tak sihat? 🙁
3,523 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Ramai betul yang ada tonsil. Anak saya pon sama. Sedar-0sedar dah amat besar dah
kan..bila kena..sakitnya nak menelan
semoga cepat sembuh ye ainey, musim kan skrg ni, anak2 aju semua baru elok dari ulser, demam, selsema dan batuk
semoga ibu cepat sembuh..
daku dh biasa kena.. tp jrg2 la kene nye.. sekali kne tu mmg nk telan air pun seksa..
kne jaga2 nnt tkut kne jngkitan , kne operate pulok..
ku nye tongsil leh tahan le beso nye.. tp kalau kne mmg mkn panadol phtu minum air bnyk2