Site icon Blog Ibu Mifzal

Hujung Minggu Yang Lesu

Hujung minggu yang lesu. Pagi hari Jumaat lepas, sudah menunjukkan tanda ibu tidak sihat. Mula-mula ibu ingat cuma demam selesema dan sakit tekak sahaja. Itu biasa ibu alami. Cuma kali ini bahagian rahang iaitu leher sebelah kanan ibu membengkak. Tak lena tidur ibu malam itu.. Dah la susah nak bernafas, leher plak sakit.

Bekalan ubat

Pagi sabtu, ibu ke klinik panel yang berdekatan (tak dekat juga sebab jarak dalan 30km). Kata doktor, demam disebabkan sakit tekak n memyebabkan tonsil juga bengkak. Ibu dibekalkan dengan ubat antibiotik, demam, sakit tekak n selesema.

Hujung Minggu Yang Lesu – Kena Tonsil

Tonsil? Sebelum ini cuma dengar pengalaman kakak ibu dan ada beberapa kawan-kawan ibu yang pernah kena demam bengkak tonsil ni. Kali ini, ibu pula merasainya. Memang tak tidur lena lah menahan kesakitan tekak dan bengkak tonsil ni. Ibu lekatkan cool fever. Konon kesejukkan cool fever itu boleh kurangkan kesakitan. Tapi ia memang agak membantu.

Bila tidak sihat di hujung minggu, tiada aktiviti yang dapat dilakukan. Terperap sahaja ibu kat rumah. Lesu dan muram sahaja.

Hari ini, ibu masih bercuti sakit. Harapan, lekas sembuh kerana hujung minggu ini ibu kena ke Kuala Lumpur pula. Ada kelas pertemuan kedua UUM PLK. Macam mana nak jawab kuiz kalau tak sihat? 🙁

 3,159 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version