Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ibu yang terlebih excited bila Mifzal Arsyad a.k.a Boboy dah masuk tadika. Hari ini, hari pertama bertadika di Tadika KEMAS yang jaraknya 100 meter sahaja dari pejabat ibu.
Awal pagi lagi Mifzal Arsyad dah bangun.
Mifzal Arsyad : “Ibu…ibu…kita nak pergi mana?”
Ibu : “Pergi tadika la”
Mifzal Arsyad : “Ya..saya nak pergi tadika”
Ibu : “ Tadika kecik boleh ke?”
Mifzal Arsyad : “Ya..boleh..”
Kalau ikutkan, seperti yang ibu ada cerita dalam entri Daftar Pra Sekolah & Darjah Satu Di Sekolah Kebangsaan, ibu ada mohon untuk masukkan boboy ke pra sekolah (sekolah besar). Dukacitanya, permohonan tersebut ditolakkan kerana mengutamakan kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Boboy baru nak masuk 5 tahun. Tak apa lah, back up plan nya, ibu daftarkan ke tadika KEMAS sahaja. Murid di tadika itu tidak ramai, rasanya dalam dalam 10 orang sahaja (umur 4 – 5 tahun). Mujur lah Boboy tak kisah dah 🙂
Hari pertama Mifzal Asryad di Tadika
Muka masam selepas ada murid perempuan ajak boboy berborak.
Masa sampai, murid-murid belum ramai lagi, baru ada seorang murid perempuan yang peramah. Siap tolong turunkan kerusi untuk Boboy lagi dan ajak berborak tetapi Boboy buat tak tahu sahaja. Control macho gamaknya.
Mood baru okay bila ada murid lelaki yang datang.
Ibu tidak lama menunggu Mifzal Arsyad. Masa Taska Permata dulu pun Mifzal tak banyak ragam bila ditinggalkan bersama-sama kawan-kawan barunya.
Namun, ibu ingatkan mood nya okay la sampai ke tengahari. Tetapi, masa ibu ambil jam 12.00 tengah hari tadi, cikgunya bagitahu Boboy menangis berebutkan mainan. Katanya, mainan itu dia yang punya. Walhal, mainan itu milik kawan barunya. Alahai…patutlah Boboy ingat mainan dia sebab memang sama macam mainannya di rumah. Aduhai!! anak ibu.
Pagi di tadika, petang di taska (pusat asuhan). Masa hantar ke taska tadi, mood Mifzal Arsyad dah okay. Harap anak ibu dapat membiasakan dirinya di tempat dan suasana baru 😀
Posted from My Samsung Galaxy Note
1,532 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
comelnya…hihi
haha..boleh plak macam tu..hehe..
Kacaknya……
Mungkin mifzal masih malu2 lagi.. nanti dah lama mesti riuh berborak….
susah juga ada mainan yg sama… masing2 ingat dia punya… harap lepas nie mifzal dah paham…
bagus boboi, sekejap dah serasi dengan tadika
Hehe..bagus la tak yah tunggu lama-lama kan..biasa budak yang tak biasa ibu bapa terpaksa la tunggu..kesian..manja ler tu..nangis berebut mainan..padahal rindu kat ibu dia…hahaha..semoga mifzal cepat membiasakan diri…
gelagat hari pertama persekolahan kan ibu, moga boboi dapat membiasakan diri ye 😉
ha ah..mcm2 ragam kan…