Daftar Pra Sekolah & Darjah Satu Di Sekolah Kebangsaan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tengahari semalam, dah selamat hantar borang permohonan untuk kemasukan anak kecil ibu, Mifzal Arsyad ke pra sekolah (tahun 2013) & darjah satu (tahun 2015) di SK yang berdekatan dengan office ibu.

daftar masuk pra sekolah dan darjah satu di sekolah kebangsaan

Tahun ini adalah tahun terakhir Mifzal Arsyad (Boboy) di Taska Permata. Tahun hadapan dah masuk tadika. Di sini, ada juga pilihan selain pra sekolah seperti Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika PASTI dan Tadika Agama. Cuma tadika swasta yang ternama, tu tak ada lah. Sini, pekan kecil. Kalau ada pun, tak semua mampu hantar ke tadika yang berbayar dan mahal yurannya πŸ™‚

Mulanya, ibu agak berbelah bahagi, nak hantar boboy belajar di mana. Rata-rata pilihan lebih kurang sama sahaja. Namun atas permintaan Boboy sendiri, yang mahu bersekolah di sekolah besar (Sekolah Kebangsaan). Ibu pilih pra sekolah sahaja. Tak sabar rupanya, anak ibu nak bersekolah ya.

Lama dah, Boboy request kat ibu n abah nak bersekolah di sekolah besar. Hari-hari duk tanya “boboy dah besar ke belum?” Jenuh juga mahu memujuknya setiap hari ke Taska Permata tu. Katanya, Taska Permata itu sekolah kecil sahaja.

Boboy : “Ibu, tak sabarnya saya nak sekolah besar

Mungkin, cikgu taska nya ada bagitahu boboy yang tahun depan boboy dah tak sekolah kat sekolah kecil tapi akan bersekolah di sekolah besar. πŸ™‚

Harap permohonan ke pra sekolah ni diterima lah, kerana menurut kerani sekolah tu, boboy baru 5 tahun, pihak sekolah mendahulukan budak-budak berumur 6 tahun. Tak cukup qouta baru ambil budak umur 5 tahun.

ps : oh…anak ibu dah besar.

Posted from My Samsung Galaxy Note

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


19 Responses

  1. Hafizul berkata:

    Haha..selamat menempuh alam persekolahan buat boboy anak bertuah..hehe..
    Jom baca entri di blog Hafizul : Cerita Jumaat dan SabtuMy Profile

  2. Sara berkata:

    slmt bersekolah adik mifzal πŸ™‚

  3. ohcikgu berkata:

    ohh..tak sabar ye..meh cikgu ajar. hehe..
    Jom baca entri di blog ohcikgu : Astaghfirullah – Hafiz Hamidun (Album Zikir Terapi Diri )My Profile

  4. Jebeng Otaiβ„’ berkata:

    jauh lagi perjalanan sy.,,hehe
    Jom baca entri di blog Jebeng Otaiβ„’ : Page Layout : Algorithm Google TerbaruMy Profile

  5. hairulafiz berkata:

    tahun depan daftar anak sulung tadika…mcm mana agaknya..
    Jom baca entri di blog hairulafiz : Lego ketigaku…My Profile

  6. cmratu berkata:

    bestkan tgk perkembangan anak.. sekejap ja rasa.. πŸ™‚
    Jom baca entri di blog cmratu : Stiky Album siap 2 hari lepas kenduriMy Profile

  7. ajumohit berkata:

    alahai nak skola dah boboi ni ye, nanti bila boboi dah masuk skola lagi rasa yg anak kita ni dah besar sob sob hihi
    Jom baca entri di blog ajumohit : Tawaran Sempena Tahun Baru 1434HMy Profile

  8. Norizwan berkata:

    harap permohonan boboy diterima…
    Jom baca entri di blog Norizwan : Rahsia awet muda nenek 70 tahun seperti 40 tahunMy Profile

  9. Norizwan berkata:

    permohonan boboy ke sekolah diterima….teruja tengok anak tak sabar ke sekolah nak belajar… πŸ™‚
    Jom baca entri di blog Norizwan : Rahsia awet muda nenek 70 tahun seperti 40 tahunMy Profile

  10. Mummy Akmar berkata:

    Cutenya si boboi ni. Dah besar nak masuk sekolah yer..hujung tahun persiapan untuk anak sekolah pulak yer. Semua tu duit tu..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge