Budak Obes?


Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera

mifzal dan obestiti

Tengok gambar Mifzal Arsyad yang kat atas ini ada gaya budak obes tak?

Pagi tadi ketika ibu menghantar Mifzal Arsyad ke tadika, cikgu nya ada memaklumkan kepada ibu yang berat badan Mifzal Arsyad sudah melebihi berat badan yang sepatutnya. Sudah obes!

Berat badan Mifzal Arsyad sekarang ni 24 kg. Berat juga kan. paling berat dalam kelas tadikanya. Seingat ibu, dulu masa ibu darjah 1, berat ibu baru 18 kg tapi Mifzal Arsyad baru 5 tahun. 😀

Alahai anak ibu. Kalau ikut mata kasar ibu, sedang elok dah fizikal Mifzal Arsyad ni dengan ketinggian 110 cm. Mungkin berat tulang kot..hehe.

Mifzal Arsyad ni bukan lah budak yang kuat makan. Sangat memilih dan cerewet tentang makanan. Dulu, kuat minum susu tapi sekarang sudah berkurangan. Budak yang sangat-sangat aktif. Tak aktif masa dak boboy ni tidur saja. Masa demam dan lelah pun masih aktif.

Kalau ketika di Taska Permata dulu, ibu selalu ditegur tentang Mifzal Arsyad yang nampak semakin kurus tapi sekarang kerana Mifzal Arsyad sudah obes 😀

Tapi, ibu lebih suka bila Mifzal Arsyad semakin berisi dengan selera makan yang bertambah.

EDITED : lepas baca komen kengkawan, baru ibu terdetik nak kira BMI dak boboy ni. hehe.. tidak terfikir pula semalam. Kalau ikutkan dengan ketinggian dan berat badan boboy ni, BMI nya baru 19.++ . Eh!! kira normal la kan. Bukan obes. Macam mana lah cikgu boboy ni kira BMI salah ni.  Alahai! Jangan dicatu makanan anak ibu sudah..hehe

atau sebenarnya obes tu ditujukan kepada ibu? erk!!…huhu...  

 

Posted from My Samsung Galaxy Note

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


10 Responses

  1. syaifuddin alias berkata:

    nanti ok la tuh..hihi
    Jom baca entri di blog syaifuddin alias : Sharnaaz Kongkong ShilaMy Profile

  2. hairulafiz berkata:

    ni kalau dah bersekolah boleh kurus pasal nanti aktif
    Jom baca entri di blog hairulafiz : Gelagat AimanMy Profile

  3. hairulafiz berkata:

    yang pentingkan IMA bebudak sihat walafiat tu je yg kita mahukan

  4. ajumohit berkata:

    ainey, jgn risau janji diorg selera makan dan sihat ok lah tu, najiha 6 tahun 32 kg hehehehe
    Jom baca entri di blog ajumohit : Bila workstation ditinggalkan semingguMy Profile

  5. Hairul Hissam berkata:

    nampak fizikalnya biasa sahaja….
    betul tu… berisi lagi bagus dari kurus kering..
    Jom baca entri di blog Hairul Hissam : Azam tahun lepas 2012 pun tak tercapai, Ada hati bercakap azam tahun baru 2013. Lemah aku dengar.My Profile

  6. titan berkata:

    kalau tak kawal. ada potensi. tapi biasanya ini normal.
    Jom baca entri di blog titan : Komisen ke 9 dari Jobdirumah.comMy Profile

  7. mama adam berkata:

    Mmg nampak berisi. Tapi Xde la obes.
    Jom baca entri di blog mama adam : Teman Pengganti – Persembahan Terbaik AJL 27My Profile

  8. hafizmd berkata:

    As salam Ibu Mifzal,
    Nampak pada mata ambe, tak obes…mungkin hanya terlebih berat atau penimbang tu tak kalibrate…hehehe

    Janji anak sihat dan aktif…hati sudah cukup gumbirakan?
    Jom baca entri di blog hafizmd : 9 Petua Awet Muda | Perasan Muda?My Profile

  9. WRizuan berkata:

    belum obses lagi tu 🙂 masih terkawal..
    Jom baca entri di blog WRizuan : Amalan Ketika Anak Sedang TidurMy Profile

  10. hairulafiz berkata:

    mana ada obes, ni chubby jek
    Jom baca entri di blog hairulafiz : NBI SKMM : Daftar Rebet RM 200My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge