Happy 9 Months Old To Mifzal

Hari ni, 28 November 2008. Maka genaplah umur Mifzal, 9 bulan. Wah! Wah! Dah besar dah anak ibu yang seorang ini. Rasa macam semalam sahaja,  baru duduk  meneran untuk membolehkan Mifzal lihat dunia. Sekejap sahaja masa berlalu. Dah 9 bulan dah rupanya. Happy 9 months old sayang. Ibu dan Abah sangat sayangkan adik. Muaah!!

Hadiah hari lahir, mainan ABC untuk Mifzal.

Perkembangan Terbaru Mifzal : 9 Bulan

  • Dah boleh berdiri tanpa berpaut tetapi masih tak boleh lama sangat sebab kaki ada goyang-goyang sedikit.
  • Merangkak memang dah expert. Merata pelusuk umah dah dijelajah.
  • Baru tumbuh gigi.
  • Dah pandai tepuk amai dan bye-bye ibu masa ibu nak pergi kerja.
  • Makin naka dan lasak.
Kek dua potong, Ibu & Abah Mifzal yang makan. Hehe.

 1,270 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*