Hadiah Hari Lahir Mifzal Yang Pertama


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Sempena birthday mifzal yang pertama, ibu dan Abah Mifzal ada membeli beberapa buah hadiah untuknya. Kami amat teruja untuk mencari hadiah Mifzal, niat di hati ingin beli mainan yang lebih berkualiti. Biasa beli hadiah cap pasar malam sahaja. Hehe.

mainan wooden activity box

Wooden Activity Box.

Pilihan pertama adalah Wooden Activity Box. Jenuh juga mencari mainan ini. Mainan ini sangat Mifzal suka. Sebelum ini, Mifzal biasa main mainan ini di Klinik yang berdekatan dengan rumah kami. Oleh kerana Mifzal suka box ini, kami cuba juga cari. Mujur ada jual di Parkson. Harganya kalau tak silap ibu dalam RM78.00.

mainan push car

Push Car.

Push car berwarna ungu ini pula adalah hadiah kedua ibu dan Abah Mifzal untuk si comel Mifzal. Yang ini kami beli di Tesco, harga dalam RM30 kalau tak silap ibu. Lupa dah. Hehe. Tujuan utama untum Mifzal naik, tapi sebaliknya, Mifzal main tayar saja. Aduhai.

Jom lah layan gambar Mifzal main mainannya. 😀

push car untuk kanak-kanak

Mifzal & Push Car.

wooden activity box for children

Mifzal & Wooden activity box.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


5 Responses

  1. nasz berkata:

    seronok la si mifzal main ye

  2. fazilzura berkata:

    Epy besday mifzal..

    wahh banyak nye adiah bday diaaa.. sure dia sonok main.. penuh la umah dgn mainan hihihii

  3. alyyani berkata:

    kecik2 ibu da bagi kete. 🙂

  4. D.O.U.B.L.E...S berkata:

    kenapa yek? aiman pun suka gak ngan tayar..

  5. Eda berkata:

    wahhh mifzall…penuhla rumah ngan mainan dier ..hehe…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge