Diskaun / Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Ubah JPA

Cerita lama tapi ibu nak kongsikan juga di sini. Seperti yang telah ibu ceritakan di dalam entri-entri sebelum ini, ibu telah menamatkan pengajian ibu di UUM dan telah berkonvo bulan 10 tempoh hari. Ibu belajar di UUM ini pun dengan tajaan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Alhamdulillah, syukur sangat sebab ada pembiayaan untuk pengajian ibu. Kalau tiada pembiayaan atau pinjaman ini jenuh jugak ibu hendak mencari dana membayar yuran pengajian yang agak mahal di UUM berbanding dengan universiti awam yang lain. Mujurlah dapat pengurangan bayaran balik pinjaman.

pengurangan bayaran balik pinjaman
Surat arahan bayaran balik.

Dah habis belajar, ibu disyaratkan untuk melapor diri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tamat pengajian. Ini bagi tujuan pembayaran balik pinjaman. Ibu telah memaklumkan kepada JPA dan turut memohon diskaun atau pengurangan bayaran balik pinjaman selaras dengan peruntukkan perjanjian pinjaman tersebut. Alhamdulillah. permohonan ibu telah diluluskan pada bulan Disember lepas dan telah mendapat diskaun atau pengurangan bayaran sebanyak 75%. Banyak tu…Syukur sangat-sangat. Ya lah berbanding dengan kena bayar 100% kan. Dah zaman kos sara hidup  yang tinggi sekarang ini memang akan membebankan lah kalau kena bayar semua jumlah pinjaman kan!

Antara syarat-syarat utama untuk memohon diskaun atau pengurangan bayaran balik pinjaman JPA ialah perlu lulus pengajian (ketika pinjaman ditawarkan) tanpa penangguhan dan memperolehi CGPA / PMK 2.75 ke atas. Jadi, kalau nak dapatkan pengurangan bayaran memang kena lah jaga pointer jangan kurang dari yang ditetapkan. Setahun ibu, bab pointer ni, JPA strict sket kan..kalau  pointer 2.5 ke bawah, pembiayaan akan disekat, betul tak?

Satu lagi, tiada diskaun 100% ya walaupun dapat pointer 4.00 sekali pun. Ibu dulu terperasan juga..ingatkan tak payah bayar dah pinjaman sebab duk ingat JPA akan tukarkan kepada biasiswa.. Rupanya TIDAK. Memang dalam perjanjian pun ada mention yang diskaun 75% sahaja jika memenuhi syarat…huhu..Jadi kenalah bayar.

BACA INI : Tawaran PBU JPA

Okay, ibu juga nak kongsikan contoh surat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman boleh ubah ibu ya.

Contoh Surat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman

pengurangan bayaran balik pinjaman
Contoh surat mohon diskaun.

 19,462 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*