Selama 3 bulan menggunakan aplikasi ShopBack, akhirnya ibu dapat cashout cashback akaun ShopBack ke akaun bank. Sekejap sahaja mengumpul pulangan wang tunai membeli belah di Shopee dan Lazada melalui ShopBack selain daripada menjawab survey yang disediakan. Ada juga ibu dapat reward daripada pendaftaran referral yang sukses.
Seronok rasanya, berbaloi juga walaupun wang dibelanjakan secara online tidak kurang banyak juga. Hehe. Jadi lah daripada keluar duit sahaja. Ada juga duit masuk kan! Ibu begitu teruja ingin berkongsi cerita ibu berjaya melakukan transaksi keluar cashback yang diperolehi. Duit wang tunai tersebut juga sudah selamat diterima ke dalam akaun bank ibu.
Pengeluaran Cashout Semudah A,B dan C
Okaylah, ibu nak share cara untuk cashout kan cashback ShopBack yang ibu kumpul. Mudah sahaja, semudah A, B dan C. Yang penting ada akaun ShopBack. Had minima pengeluaran pulangan tunai ini adalah RM10.00. Boleh dikeluarkan melalui pemindahan wang tunai ke akaun bank mahu pun melalui points redemption ke kad Petron. Ibu tidak mempunyai kad Petron kerana lebih gemar mengisi minyak petrol di Petronas dan Shell sahaja. Jadi, ibu pilih bank transfer sahaja. Bagi ibu lebih mudah.
Oh Ya! Bagi yang belum mempunyai akaun ShopBack, bolehlah mendaftar melalui link di bawah.
Baiklah. Sebelum cuba untuk withdraw cashback. Perlu dipastikan, available balance hendaklah melebihi RM10.00. Available balance adalah cashback yang sudah disahkan oleh partner store ShopBack. Jangan silap lihat earning lifetime pula. Earning lifetime adalah cashback terkumpul iaitu yang sudah disahkan dan juga belum. Hanga nilai available balance sahaja yang boleh dicashout.
BACA INI : Kumpul Duit Sambil Membeli-Belah Di ShopBack
Permohonan untuk withdraw cashback boleh dibuat dengan hanya menekan button withdraw cashback saja. Namun, sebelum itu, digalakkan untuk mengisi maklumat nama akaun bank yang ingin digunakan untuk proses tersebut. Selain itu, maklumat nombor telefon juga diperlukan untuk penghantaran OTP (one time password) code. Antara bank yang boleh digunakan adalah seperti di dalam gambar di bawah.
Pengesahan Pengeluaran
Satu email akan dihantar untuk verify maklumat akaun bank yang diberikan. Selepas itu, boleh lah mengisi ruangan nilai RM yang ingin dikeluarkan. Contohnya 10 untuk nilai RM10.00. Selepas menekan button withdraw, satu SMS akan dihantar ke nombor telefon yang telah dikemas kini. Dikehendaki mengisi OTP di dalam masa yang ditetapkan.
Selepas itu, notifikasi akan diberikan melalui email mengenai permohonan pengeluaran cashback tersebut. Kalau ikutkan tempoh proses permohonan tersebut adalah antara 7 hingga 14 hari bekerja. Tapi sebenarnya tidak memakan masa yang lama pun. Hanya sehari sahaja, proses tersebut telah selesai. Permohonan berjaya dan wang juga telah dipindahkan ke akaun bank. Yes! Boleh guna untuk membeli belah di Shopee atau Lazada lagi. Haha.
Hehe, sedikit sahaja jumlah yang ditunaikan. Malu pula nak tunjuk. Pengeluaran kali ini hanya untuk eksperimen sahaja. Baki yang ada ibu nak kumpul lebih banyak untuk cashout yang seterusnya. Mesti lebih seronok jika dapat cashout cashback akaun ShopBack ke akaun bank dalam jumlah yang banyak. Jadi, berbelanja juga perlu banyak lah. Aduhai!
2,982 jumlah dibaca, 4 dibaca hari ini
saya punya duit dkt cashback tu tk masuk lagi dekat available balance . dari 21jan lagi . duit dh ada 11 ringgit lebih ?. ada tips tak mcm mana nak buat tu ?
it’s so interesting, when u spend money u can get back them 😀 that is why i usually using marketplace, website, atau aplikasi penjualan to shopping. So i can use finetech money then get those benefits.
tahniah ainey, aju biasa pakai milkadeal sebab rajin shopping kat lazada beli susu dan pempes. tapi tak pernah dapat income dari referral lain. apa tips ainey ni ya? hihi
Best juga kan kalau shopping dapat reward balik. Makin banyak la berbelanja..hehehe
itulah..makin banyak berbelanja tu yg x larat plak.. Hehe