Kuah Laksa Kelantan : Resipi Yang Mudah Dan Sedap

Kali ketiga dah buat kuah laksa Kelantan yang sangat mudah dan sedap. Ibu memang peminat laksa Kelantan. Al-maklum kita kan orang Kelantan. Hehe. Mesti suka yang berlemak-lemak manis. Laksa utara atau lebih dikenali laksa penang, ibu makan juga. Tapi itulah, dah tekak anak jati kelantan, dia nak yang berlemak juga. Hehe.

kuah laksa Kelantan
Resipi yang mudah dan sedap

Kuah laksa Kelantan ini sebenarnya, tak ada beza pun dengan kuah laksam. Kuah yang sama. Cuma ibu tak berapa gemar dengan laksam. Sebab agak lembik. Ibu lebih suka menggunakan laksa beras berbanding laksam. Lagi pun laksa beras senang nak dicari di kedai. Kalau laksam pula, biasanya kena buat sendiri. Haha, ibu malas nak buat sebab macam leceh pula nak kukus bagai. Tambah pula bukan kegemaran. So, malas nak cuba buat. Hehe. Ada yang cakap, nak kukus laksam pun kena pandai, kalau tak, tak jadi. Itu lah, ibu rasa pun susah. Ibu nak cuba resipi yang senang dan sedap saja. 😀

Cara nak buat kuah laksa Kelantan ini memang mudah. Dah lah mudah, sedap pula tu. Hehe. Ibu ambil resipi ini dari blog AzieKicthen.Com. Adui, jangan ingat, ibu anak jati Kelantan pandai masak sangat masakan Kelantan. Ibu pun baru mencuba untuk belajar memasak. Hehe. Setakat masak campak-campak isi tekak sendiri boleh lah. TETAPI, walaupun ibu tak pandai masak sangat, ibu boleh bezalah, resipi yang sedap dan tak sedap. Sebab tekak kita kan pure tekak Kelantan. Yang masak makanan Kelantan ni merata-rata ada. Tapi nak cari yang betul-betul sedap dan kena dengan selera pure Kelantan agak susah. Tambah yang sedikit cerewet macam ibu ini. :p

Okaylah, banyak pula ibu berceloteh. Jom kita, masak kuah laksa Kelantan. Bahan-bahan yang diperlukan sangat simple dan senang dicari di kedai. Sukatan yang ibu gunakan ini adalah untuk bilangan 4-5 orang makan.

kuah laksa Kelantan
Bahan-bahan

Resipi Kuah Laksa Kelantan

Bahan-Bahan :-

1/2 kg Ikan Sardin / Ikan Selayang
250 ml Santan
2 keping Asam Gelugor
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1 sudu kecil Lada Hitam
Air secukupnya
Garam dan Gula untuk perisa

Cara-cara Membuatnya :-

kuah laksa Kelantan
Cara rebus dan kisar ikan untuk kuah
  1. Ikan selayang yang telah dibersihkan hendaklah direbus terlebih dahulu (ibu rebus bersama dengan asam keping dan sedikit garam).
  2. Ikan yang telah direbus perlu diasingkan dan dibuang tulang. Kemudian dikisar lumat bersama dengan air rebusan ikan dan ditambah air jika perlu.
  3. Masukkan ikan rebus yang dikisar lumat ke dalam periuk.
  4. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang mengandungi ikan rebus yang telah dikisar.
  5. Campurkan air jika perlu agar kuah tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair. Selepas itu, masukkan santan. Masak dan kacau di atas api yang sederhana. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar santan tidak berketul.
  6. Kemudian, masukkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  7. Kacau sehingga kuah mendidih dan kelihatan sedikit berminyak (pecah minyak)
  8. Apabila sudah masak, kuah boleh dihidangkan bersama laksa beras, ulam dan sambal cili.
kuah laksa Kelantan
Kuah laksa sudah siap

See, mudah saja kan resipinya. Tak susah nak buat. Rajin dengan tak sahaja. Untuk laksa, ibu menggunakan laksa beras yang ibu beli di pasaraya. Kalau berdekatan dengan tempat tinggal ibu ini, laksa beras ini ada dijual di Pasaraya TF dan Tesco. Laksa ini hanya perlu direndam dengan air panas sahaja untuk melembutkannya.

kuah laksa Kelantan
Laksa beras jenama Unta dan Cili Merah

Selain itu, laksa Kelantan sedap dimakan bersama dengan ulam-ulaman dan sambal cili. Untuk ulam-ulaman, sebenarnya ibu tak guna bahan yang banyak sebab ibu terlupa nak beli. Hehe, jadi kali ini guna yang mana ada dalam peti ais. Jadi lah, ada ulam timun dengan kacang buncis. Ulaman ini hendaklah dipotong kecil-kecil.

hidangan lengkap dan sihat
Satu hidangan

Sambal cili pula, ibu buat cara senang juga. Dengan menggunakan cili padi, limau kasturi, gula dan garam sahaja. Cili padi, ibu campurkan jenis yang hijau dan merah. Ibu lebihkan cili padi hijau sebab kalau banyak cili padi merah, akan jadi sangat pedas pula. Nanti ada yang tak tahan pedas ibulah orang yang tak tahan pedas tu 😀. Kemudian, semua bahan untuk sambal cili tu dikisar. Jika hendak bagi sambal cili tahan lama, boleh lah dimasak terlebih dahulu.

BACA INI : Resipi Mi Kari

Dah siap semua, apa tunggu lagi. Jom jamu selera.

kuah sedap
Jom makan!

 4,457 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

  1. sedapnya, pandai dah masak tu ainey, aju yang bukan orang kelantan ni pun paling suka laksam. Rupanya boleh makan dengan mee laksa juga ya. sebab x pernah jumpa lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*