Cerita Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Aduhai, lama tak update blog. Maaf kawan-kawan. Busy sangat sekarang ini. Ada bacakan entry sebelum ini mengenai perubahan kerja ibu. Memang masa ibu untuk berada atas talian makin berkurangan sekarang ini di perjabat. Ibu banyak keluar atas urusan kerja. Di samping itu juga, kesibukkan ibu bertambah dengan kesihatan anak ibu yang berkurangan sebelum ini. Namun saat ini, Alhamdulillah Mifzal sudah sembuh dari mengalami demam, batuk dan muntah.

happy 11th months old
Mifzal 11 Bulan

Happy 11th Months Old Mifzal

Semalam, umur Mifzal cukup 11 bulan. Ibu nak kongsikan perkembangan terkini tumbesaran anak teruna ibu ini.

  • Sudah pandai panggil abah  dan sebut bak yang maksudnya nak susu.
  • Sudah pandai bangun sendiri tanpa berpaut. Sebab rajin praktis agaknya.
  • Jalan pun dah makin okay (Jarak jalan pun dah jauh. Serata dalam rumah Mifzal pusing).
  • Berat ditimbang masa 10 bulan dah cecah 10 kilogram. Ibu rasa macam dukung seguni beras saja, hehe.
  • Kalau berjalan tak mahu dipegang Mifzal nak jalan sendiri. Siap tolak tangan ibu lagi, huh! berlagak sungguh.
  • Sekarang ini kurang makan. Mungkin dah jemu dengan nestu, Ibu cuba beri bubur tapi Mifzal tak berapa nak. Suap nasi makan 4-5 suap sahaja. Tapi susu memang kuat minum.
  • Makin nakal dan kelakar.
  • Pantang dengar muzik, sure menari dan goyang kaki. Hehe.
  • Selain itu, Mifzal pandai juga sebut cak (nyanyi baba cak) dan puk (tepuk punggung untuk dodoi)

Apa lagi ya? Hehe, Mifzal sekarang memang banyak karenah dan memang terhibur dengan telatahnya. Penat ibu kerja hilang bila tengok gelagat mifzal. Ibu sangat-sangat sayangkan Mifzal dunia dan akhirat.

mifzal 11 bulan
Mifzal dengan hadiah dari nenek.

Gambar  Mifzal dengan hadiah pemberian neneknya sempena 1st birthday Mifzal pada 28 Februari 2009 nanti. Hadiah ini, nenek Mifzal belikan awal. Terima kasih mak.

 751 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*