Site icon Blog Ibu Mifzal

Cerita Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Aduhai, lama tak update blog. Maaf kawan-kawan. Busy sangat sekarang ini. Ada bacakan entry sebelum ini mengenai perubahan kerja ibu. Memang masa ibu untuk berada atas talian makin berkurangan sekarang ini di perjabat. Ibu banyak keluar atas urusan kerja. Di samping itu juga, kesibukkan ibu bertambah dengan kesihatan anak ibu yang berkurangan sebelum ini. Namun saat ini, Alhamdulillah Mifzal sudah sembuh dari mengalami demam, batuk dan muntah.

Mifzal 11 Bulan

Happy 11th Months Old Mifzal

Semalam, umur Mifzal cukup 11 bulan. Ibu nak kongsikan perkembangan terkini tumbesaran anak teruna ibu ini.

Apa lagi ya? Hehe, Mifzal sekarang memang banyak karenah dan memang terhibur dengan telatahnya. Penat ibu kerja hilang bila tengok gelagat mifzal. Ibu sangat-sangat sayangkan Mifzal dunia dan akhirat.

Mifzal dengan hadiah dari nenek.

Gambar  Mifzal dengan hadiah pemberian neneknya sempena 1st birthday Mifzal pada 28 Februari 2009 nanti. Hadiah ini, nenek Mifzal belikan awal. Terima kasih mak.

 670 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version