Cek Terakhir Nuffnang?

Minggu lepas, ibu ada menerima sekeping cek daripada Nuffnang. Mungkin cek terakhir Nuffnang barang kali kerana sekarang ini, ibu sudah tidak memaparkan iklan Nuffnang di blog ini. Sudah beralih arah kepada Komli Media. Status keahlian Nuffnang pun sudah tidak Geli-Geli lagi.

Cek Terakhir Nuffnang

Sebenarnya, bukan mahu membuang terus Nuffnang ini, Eh! banyak jugak jasanya. Merasa jugalah pendapatan daripada blog melalui Nuffnang. Bukan lupa terus, cuma buat masa ini mahu bereksperimentasi dengan Komli Media.

Kalau ikutkan, agak banyak pendapatan atas talian yang ibu perolehi daripada memaparkan iklan-iklan Nuffnang di blog ini. Anggaran jumlahnya mungkin ratusan juga. Alhamdulillah. Earning akan menjadi banyak sekiranya mendapat page impression iklan. Kebiasaan tempoh paparan aktif iklan agak lama dan oleh kerana itu, ia mampu menjana pendapatan yang banyak. paling banyak ibu perolehi adalah lebih kurang RM300 lebih untuk 1 iklan. Tetapi, bukan selalu dapat iklan sebegini dan bukan juga selalu iklan dipaparkan dalam tempoh yang lama. Apa pun, Nuffnang tetap menjadi antara platform terbaik untuk para blogger menjana pendapatan mereka melalui blog.

Cek Terakhir Nuffnang

BACA INI : Yang Ditunggu Dah Tiba : Cek Nuffnang Bulan Mac 2012

Earning Komli masih sedikit. Sudah hampir 3 bulan memasang iklan Komli. Walau pun dapat banyak iklan Komli yang jenis CPM tetapi tidak banyak membantu. Lagi pun, prestasi blog sudah merudum tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah malas untuk mengejar trafik kerana komitmen sudah makin bertambah. Tidak dapat memberi banyak tumpuan kepada blog lagi 🙁

 1,485 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

    • ooo…sy still buh script komli..n sy hide kan iklan tu dgn alternate iklan kosong…so nmpk cam x psg komli tp iklan kuar bila ada…saja x mau buang sbb biar lah…bak meraihkan blog…hehe

  1. saya pun baru je dapat cek daripada Nuffnang. pernah jugak try Komli tapi itulah, kurang memuaskan. Iklan banyak tapi earning sikit sangat. terpaksa pakai Innity semula.

    • susah nak jawab ni..sbb masing2 ada kelebihan..tp komli mmg byk bagi iklan jenis CPM (contoh mcm sy ada lebih 40 iklan cpm tgh running) tapi sbb trafik kurang..x masyuk la nilainya…kalau trafik sehari beribu-ribu mungkin br nmpk nilai duitnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*