Site icon Blog Ibu Mifzal

Cek Terakhir Nuffnang?

Minggu lepas, ibu ada menerima sekeping cek daripada Nuffnang. Mungkin cek terakhir Nuffnang barang kali kerana sekarang ini, ibu sudah tidak memaparkan iklan Nuffnang di blog ini. Sudah beralih arah kepada Komli Media. Status keahlian Nuffnang pun sudah tidak Geli-Geli lagi.

Sebenarnya, bukan mahu membuang terus Nuffnang ini, Eh! banyak jugak jasanya. Merasa jugalah pendapatan daripada blog melalui Nuffnang. Bukan lupa terus, cuma buat masa ini mahu bereksperimentasi dengan Komli Media.

Kalau ikutkan, agak banyak pendapatan atas talian yang ibu perolehi daripada memaparkan iklan-iklan Nuffnang di blog ini. Anggaran jumlahnya mungkin ratusan juga. Alhamdulillah. Earning akan menjadi banyak sekiranya mendapat page impression iklan. Kebiasaan tempoh paparan aktif iklan agak lama dan oleh kerana itu, ia mampu menjana pendapatan yang banyak. paling banyak ibu perolehi adalah lebih kurang RM300 lebih untuk 1 iklan. Tetapi, bukan selalu dapat iklan sebegini dan bukan juga selalu iklan dipaparkan dalam tempoh yang lama. Apa pun, Nuffnang tetap menjadi antara platform terbaik untuk para blogger menjana pendapatan mereka melalui blog.

Cek Terakhir Nuffnang

BACA INI : Yang Ditunggu Dah Tiba : Cek Nuffnang Bulan Mac 2012

Earning Komli masih sedikit. Sudah hampir 3 bulan memasang iklan Komli. Walau pun dapat banyak iklan Komli yang jenis CPM tetapi tidak banyak membantu. Lagi pun, prestasi blog sudah merudum tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah malas untuk mengejar trafik kerana komitmen sudah makin bertambah. Tidak dapat memberi banyak tumpuan kepada blog lagi 🙁

 1,346 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version