Blog Ini Kena Hacked Semalam :(

Blog ini kena hacked semalam oleh hacker indon yang tak ada kerja. Saja nak test power kot. Macamlah hebat sangat. Huh! Ibu marah ni. Waktu kena hacked lebih kurang jam 1.00 petang. Dan, ibu pula baru tahu blog kena hacked pada jam 6.00 petang. Sangat-sangat sakit hati tau. Mujurlah ibu ada buka blog petang semalam. Kalau tidak, pagi ini kot baru tahu. Mujur hanya ditukarkan password dan index.php sahaja. Kalau kacau database, memang tak dapat den nak buat apo. Huhu. Memandangkan ibu tak ada buat backup yang terkini. Hanya ada backup yang minggu lepas sahaja rasanya.

blog kena hacked
Ada yang perasan. Thanks <3

Dek kerana panik, risau dan bimbang database blog mungkin di delete. Cepat-cepat lah ibu bertungkus lumus mengodek-godek database user untuk tukar password. Mujurlah masih boleh acces control panel. Huhu, nak kata password senang mungkin juga lah. Tapi, dah lebih 8 aksara dan ada nombor serta alphabet juga. Tidak sempat ibu hendak snap screen frontpage blog yang telah dihacked. Background hitam gelap dan ada mention kena hacked oleh hacker Indonesia BL4ckc0d1n6.

Dan, yang perasan blog ini kena hacked ialah Zie Fauzi. Ibu ingat tak ada yang perasan. Hehe, rupanya ada juga, Terima kasih Zie sebab sudi singgah sini.

BACA INI : Mood Berblogging Kebelakangan Ini

Lepas ini kena lebih berhati-hati, kena selalu backup dan update password. Jenuh juga bagi blogger macam ibu yang kurang pengetahuan tentang bahasa IT ini kalau blog sudah kena hacked. Silap-silap boleh menangis tak berlagu kalau database blog hilang. Yang lagi menyakitkan kan hato bila blog kena hacked bila semalam pula earning Adsense tengah masyuk. Tak pernah-pernah dapat banyak macam itu. Sekali dibuatnya dekat 5 jam juga tak ada impresion iklan. Adui, rugi, rugi, Haha!

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1497 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

    • Itu lah..sy geram..huhu..yg penting kena selalu buat backup n tukar password yg susah sket..

      Adsense kena apply guna blog BI..sy dulu buat blog BI pastu copy paste article je..

  1. itu la..sbb sebelum tu masuk ok lagi… bila masuk sekali lagi dah jadi background hitam… terkejut jgk….. bahaya kan depa ni… saja cari pasal…

  2. Blog saya pun kena jugak. Hacker tu tukar password dan masukkan fail entah pabenda ntah. Nasib baik ada backup.Sekarang lebih berhati-hati dan pasang mangga ngan rantai secukupnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*