Site icon Blog Ibu Mifzal

Beli WhatsApp Guna Kad Debit CIMB Bank

Walaupun masih boleh guna aplikasi Chat On atau Viber untuk berkomunikasi secara percuma dengan keluarga dan kawan-kawan, rasa tak tidak lengkap telefon pintar ini tanpa aplikasi WhatsApp. Ralat juga mula-mula selepas membeli iPhone 5 ini kerana tidak dapat nak memasang aplikasi WhatsApp. Akaun WhatsApp di Galaxy Note masih berfungsi, tetapi sejak dah bermadu ini, Cik Note itu amat jarang ibu sentuh :p. Oleh kerana aplikasi Whatsapp di App Store perlu dibeli dahulu sebelum dimuat-turun, jadi ibu perlu beli Whatsapp guna kad debit. Kad debit yang ibu gunakan adalah kad debit CIMB Bank.

Aplikasi Whatsapp

Ini pengalaman pertama ibu guna kad debit untuk pembelian online. Ibu ingat kad debit CIMB Bank masih belum boleh digunakan untuk pembelian atas online. Ibu ada baca info mengenainya di facebook CIMB Bank. Entah macam mana, semalam. Tangan gatal menekan button buy di App Store. Ibu isi sahaja maklumat yang diminta guna kad debit CIMB Bank. Eh..eh, tranksaksi berjaya pula. Dapat sms dari CIMB Bank mengenai transaksi online itu.

Berjaya Beli Whatsapp Guna Kad Debit

SMS yang ibu dapat adalah untuk memaklumkan transaksi yang ibu lakukan dengan menggunakan kad debit CIMB Bank telah berjaya dan amount yang dipaparkan adalah amount yang telah ditukar kepada matawang Malaysia.

Ibu berani mencuba sebab ibu tahu baki di dalam akaun CIMB ibu tak banyak. Tapi cukup lah untuk membeli aplikasi ini. Murah je harganya USD 0.99. Sekali bayar sahaja boleh guna tanpa tarikh luput. Tidak seperti di telefon pintar yang lain. Percuma setahun, tahun berikutnya kena bayar setiap tahun.

Okay…sudah puas hati dapat apa yang dihajat. Sebab utama ibu nak sangat pasang aplikasi ini sebenarnya, kawan-kawan yang sama belajar dengan ibu banyak berkongsi info di group kami di WhatsApp. Jadi ibu tidak mahu ketinggalan sebarang info mengenai pembelajaran ibu. Rugi nanti..hehe. Aci lah kan 😀

 1,562 jumlah dibaca,  6 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version