Beli Penapis Air Murah Di Shopee

Sudah ramai yang mengesyorkan untuk ibu menggunakan penapis air jenama seperti Coway dan Cuckoo kerana jenama-jenama ini sangat bagus dan berkualiti. Cuma bagi ibu yang tidak suka terikat dengan temujanji servis setiap 2 atau 4 bulan sekali membuatkan ibu berkira-kira untuk memasang penapis air tersebut. Idaman hati pula adalah penapis air jenama SK Magic yang ada fungsi ais batu dan saiz yang boleh diletakkan di atas table top. Jadi, dalam entri kali ini, ibu ingin kongsikan cerita ibu beli penapis air murah di Shopee. Oh! sudah tentu bukan jenama idaman kalbu. Tetapi penapis air yang murah dan berbaloi untuk digunakan 😀

beli penapis air murah di shopee
Penapis Air Jenama iPRO

Alkisah, pada bulan Oktober tahun lepas, kettle di rumah ibu rosak pula. Jadi, asalnya ibu dan Abah Mifzal hanya ingin membeli cerek elektrik sahaja. Cari-cari di Shopee, terjumpa seller yang menjual penapis air murah yang harganya sangat berpatutan dan tidak perlu terikat dengan komitment ansuran bulanan dan temujanji servis bulanan. Harga juga di dalam bajet ibu.

Membaca review yang memberangsangkan ibu mengambil keputusan untuk membeli sahaja dan memcubanya. Penapis air jenama iPRO iaitu jenama dari Korea menjadi pilihan ibu. Sebenarnya, banyak lagi jenama lain seperti Midea tetapi ibu lebih berminat dengan jenama iPRO, mungkin disebabkan dengan designnya yang agak cantik berbanding jenama murah yang lain. Penghantaran dari pihak seller juga sangat cepat. Bagus servisnya.

beli penapis air murah di shopee
Unboxing

Beli Penapis Air Murah di Shopee dan Sangat Berbaloi

Water dispenser with filter yang ini mempunyai 2 suhu iaitu panas dan sejuk. Cara memasangnya juga senang dan siap diberikan bersama dengan RO joint, tiub putih sepanjang 3 meter, seal tape dan juga hadiah percuma iaitu kain lap. Penapis air ini menggunakan 4 biji Korea technology  filter element yang mempunyai sijil halal JAKIM. Filter nya adalah Sediment Water Filter, Pre-Carbon Block Water Filter, Post Carbon Water Filter and Silver Carbon Block Water Filter (99.9% Anti Bacteria) . Filters ini juga mudah sahaja dibeli di Shopee dengan harga yang berpatut dan senang juga untuk ditukar.

beli penapis air murah di shopee
Filters yang menggunakan teknolgi Korea

Setelah 6 bulan menggunakan produk ini, ibu sangat berpuas hati. Walaun pun murah tetapi berkualiti juga. Suhu air panas memang sangat panas. Suhu air sejuk juga sejuk walaupun agak mengambil masa untuk sejuk bila baru dibuka. Ini kerana tangkinya yang agak kecil iaitu masing-masing hanya tangkinya berkapasiti 2 liter berbanding jenama mahal yang lain. Namun selepas itu, suhunya menepati kesejukan yang dikehendaki.

 2,842 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*