MudahHosting Penyedia Hosting Terkini IbuMifzal.Com

Setelah 9 tahun blog IbuMifzal.Com menggunakan khidmat penyedia hosting Serverfreak Technologies Sdn Bhd. Ibu akhirnya membuat keputusan untuk menukar penyedia hosting bagi blog ibu yang sudah suam-suam kuku ini. MudahHosting penyedia hosting terkini IbuMifzal.com.

mudahhosting penyedia hosting
Pakej hosting blog yang berbaloi

Antara sebab peralihan ini adalah kerana kos sewaan hosting yang semakin tinggi. Untuk blog personal yang tidak menjana pendapatan yang banyak, memang agak menjadi beban. Kos hampir RM300.00 yang ibu bayar setiap tahun agak mahal bagi ibu. Pakej yang ibu langgan juga sebenarnya sudah mengalami beberapa kali kenaikan harga. Namun, tidak ibu nafikan servis pihak Serverfreak memang tip top. Jarang sekali blog ibu bermasalah ketika menggunakan khidmat mereka. Jadi, agak berat hati juga untuk ibu bertukar hosting. Banyak kali fikir sebenarnya. Terpaksa jua kerana poket ibu tidak mengizinkan :p. Pendapatan iklan daripada blog yang berkurangan juga menjadi sebab peralihan ini. Terpaksa jua dari membiarkan blog kesayangan ibu ini terkubur kan!

Beli MudahHosting Penyedia Hosting Blog di Shopee

mudahhosting penyedia hosting
Beli hosting blog di Shopee sahaja!!

Buat pertama kali juga ibu, membeli pakej langganan hosting ini melalui Shopee. Rupanya macam-macam ada jual di Shopee kan! Saja santai-santai mencari pakej hosting murah di Shopee. Jumpa!! Ada pakej dengan harga yang berpatutan. Ibu jadi tertarik apabila menbaca review pembeli-pembeli sebelumnya. Jadi, ibu nekad sahaja. Dengan pakej hosting baru ini, ibu dapat berjimat lebih kurang RM100.00. Apa yang ditawarkan juga menarik dan berbaloi dengan harga.

mudahhosting penyedia hosting
Pakej hosting Pro yang berbaloi

Selesai pembelian di Shopee, tidak sampai 3 jam, semua sudah siap. Cuma domain transfer mengambil masa selama seminggu kerana perlu menunggu maklumbalas daripada penyedia hosting lama. Lega ibu, settle pasal hosting blog. Selama 3 bulan ini, ibu berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh MudahHosting. Kepada yang masih mencari-cari penyedia hosting yang bagus boleh lah mencuba untuk melanggan pakej hosting dengan Mudah Hosting. Sila klik link INI atau boleh cari di Shopee 😀

 130 jumlah dibaca,  5 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*