2 Minggu lepas, Mifzal sangat teruja bercerita tentang trak Book2U daripada Syarikat Karangkraf akan datang ke sekolahnya pada minggu lepas. Surat edaran dari sekolah juga ada menjemput ibu bapa untuk sama-sama hadir memeriahkan program jualan buku oleh Book2U di sekolah. Mifzal berkali-kali memesan pada ibu agar jangan lupa datang. Ibu janji akan datang semasa waktu rehat.
Pada 8 Mei 2017 (Isnin), program jualan telah diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Ibu yang ralit memyiapkan kerja di pejabat lupa seketika akan janji ibu pada Mifzal untuk ke sekolahnya pada waktu rehat. Rehat pada jam 10.10 pagi. Jam 10.25 pagi baru ibu teringat. Apa lagi, kelam kabut ke sekolahnya. Mujur dekat. Walaupun terpaksa menempuh 2 trafik light yang melambatkan ibu sampai ke tempat dituju.
BACA INI : Koleksi Buku & Minat Membaca
Pengalaman Membeli Di Trak Book2u
Marah Mifzal ibu datang lambat. Hehe…Mifzal beritahu ibu, dia nak beli buku tapi duit baki belanja sekolah tak cukup. Hehe..memang lah sebab ibu hanya bagi duit belanja sekolah je pagi tu. Sebab kan ibu akan datang ke sekolahnya untuk belikan buku yang Mifzal mahu.
Mifzal nak beli buku komik Lawak Kampus. Eh! tak ada dijual sebab buku itu tak diterbitkan oleh Karangkraf. Tepuk dahi ibu. Ibu pujuk Mifzal beli buku lain. Buku cerita bergambar atau pun buku latihan. Tapi Mifzal tak mahu. Kawan-kawan sekelasnya ramai yang beli buku begitu..ibu memujuk lagi. Tapi memang tak makan pujuk lah kali ini. Dengan keadaan bersesak-sesak di dalam trak itu. Ntah macam mana, Mifzal cakap nak beli buku cerita seram. Aduhai anak. Puas memujuk supaya beli buku yang sesuai dengan umurnya. Walaupun pilihan tak banyak sebenarnya. Banyak buku bacaan untuk remaja dan dewasa. Macam tak sesuai je buku-buku seperti itu dibawa untuk dijual pada murid-murid sekolah rendah.
Hadiah Buku Untuk Abah Mifzal
Kata Mifzal, buku cerita seram yang berharga RM20.00 selepas diskaun ini dia belikan untuk Abah Mifzal. Projek Seram Lombong tajuknya. Sebab abahnya selalu ke lombong untuk memancing. Ha..ha..ha 😀 lawak lah anak ibu ini. Dan, ibu terpaksa turutkan tanpa rela….haha.
Sudahnya, buku cerita seram ini, ibu yang baca. Menarik juga. Ada 4 kisah seram berkaitan dengan lombong yang boleh mengugat keberanian..jeng..jeng!!
1,489 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Boleh menggalakkan anak-anak membeli dan membaca dengan mudah 🙂
betul tu….semoga dapat ramai insan yang sukakan buku dan ilmu..
lepas abah mitzal baca buku lombong tu..
mesti dia seram sejuk jee bila nak memancing .. heee
hehe…mau x seram…buku cerita ni mmg seram…
Menarik ni ! Pertama kali nampak track buku.. Kat tempat saya belum ada macam ni.. Cuma ada trak makanan je >.<
sini dah banyak kali trak Book 2u datang