Hari Isnin lepas, Abah Mifzal ada belikan Mifzal sebuah basikal untuk si kecil ibu ini di sebuah kedai basikal di Pekan Tapah. Kemain seronok anak ibu itu bila abahnya belikan basikal. Banyak kali dah duk minta belikan. Tapi ibu rasa masih belum sampai seru. Rasa macam boboy ini masih budak kecil dan tak pandai kayuh basikal lagi. Hehe…Lagipun motosikal bateri tu masih elok lagi. Mainan itu pun tak main sangat.
Tapi tak sangka ya..anak ibu sebenarnya sudah besar. Sudah pandai kayuh basikal walaupun dengan roda empat. Cepat sungguh masa berlalu. 😀
Basikal Untuk Si Kecil Mifzal
Kami putuskan untuk beli basikal yang bersaiz besar sedikit. Kalau beli yang kecil, mungkin tak lama pakai dah kena tukar lain kan. Jom layan gambar Mifzal & Abahnya di kedai basikal di tapah berdekatan dengan Pasaraya TF Value Mart.
Mifzal sedang asyik memerhatikan basikal barunya yang sedang dipasang roda tambahan. Kalau tak ada roda tambahan itu, Mifzal tak mahu naik basikal..hehe
Kata Mifzal, “Ibu, saya gembira, saya sudah ada basikal dan sudah ada papan luncur”. Hehe..kalau bab mainan nombor satu.
Abah Mifzal sedang meng ‘usha’ basikal nampak. Nak beli yang baru juga ke? Hehe…Ibu sahaja belum ada basikal. Masih belum berminat. :p
2,809 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
asyiknya punya sepeda baru,,ayo awasa jangan negbut-ngebut
Untung anak papa dengan ibu ni. 🙂 Mesti dia melaram dengan basikal ni, kalau boleh nak tidur dengan basikal…
alaa petahnya berkata-kata, lepas ni boleh tolong ibu pergi kedai pulak beli barang sebab dah ada basikal sendiri. heheh 😉
elok la beli besar sikit kak, kalau tak nanti kena beli juga, budak laki suka main basikal
budak2 mmg seronok dapat naik basikal kan ainey, senyum mifzal with his new ride 😉