Kadang-kadang kita lihat, ada ibu dan bapa menimang atau mengoyang-goyangkan bayi mereka. Gelak ketawa si kecil yang seolah sangat suka diagah menambah lagi keterujaan ibu bapa. Bayi memang sangat suka ditimang. Mereka akan tergelak kesukaan. Tetapi tahukah kita sebagai ibu bapa tahu bahawa perbuatan yang amat digemari oleh si kecil itu juga boleh membahayakan nyawa mereka? Entri ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai bahaya timang bayi.
Kenapa menimang atau menggoyang-goyangkan bayi untuk memujuk atau menidurkannya boleh membahayakan nyawa mereka? Ini kerana perbuatan menimang bayi boleh menyebabkan Sindrom Bayi Tergoncang atau Shaken Baby Syndrome (SBS). Akibatnya ia akan memberi kecederaan kepada otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.
Bahaya Timang Bayi Boleh Menyebabkan Sindrom Bayi Tergoncang
Apa itu Sindrom Bayi Tergoncang?
Sindrom bayi tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digocang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka mangsa panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ia juga boleh membunuh bayi tersebut.
BACA INI : 16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir
Otak leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar di mana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah serta tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.
Perbuatan mengoncang ini menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan. Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atad tilam).
Bayi berumur 0 – 9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walaubagaimanapun. terdapat juga kes yan berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1 – 4 tahun.
Kesan Awal Akibat Pendarahan / Kecederaan Otak Bayi :
- Bayi mudah meradang (irritable)
- Sawan
- Kaki dan tangan mengalami kekejangan
- Bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas
- Tahap kesedaran bayi menurun
- Muntah dan tidak mahu makan
- Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dan deyutan jantung.
Kesan Jangka Panjang Akibat Kerosakan Otak Bayi :
- Masalah pembelajaran
- Lumpuh
- Masalah penglihatan atau buta
- Masalah pendengaran
- Terencat akal (Cerebral Palsy)
- Masalah tingkah-laku
- Sawan berterusan
- Kematian
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
1,812 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Kalau risau dan tak mahir, lebih baik jangan buat kan ye. Better safe than sorry, gitu. ^_^
pelik juga orang dulu-dulu lambung semacam je ha ha …orang sekarang pula semakin concern dan berhati-hati.
baru saya tahu..
kena ingatkan saudara mara dan adik beradik juga nie..
sebab dah jadi tabiat timang bayi nie…
Mazni pun tak berani nak timang bayi
.
Sebab tangan tak kuat. Ank semangat
saya pernah membaca info ini di klinik kesihatan ibu dan anak..
memang patut dielakkan untuk menimang bayi atau mengoncangan..
Insyaallah, kalau pandai tekniknya risiko kecederaan tu minima
.
kita sendiri kena jadi penyerap tekanan masa terima anak tu
.
yang jadi bahaya kalau berhenti mengejut
.
impuls tinggi