Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Antara Facebook Dan Twitter


Rasa mostly kawan-kawan pembaca blog ibu ada akaun Facebook dan Twitter kan? Sama lah macam ibu pun. Eh! Kena ikut peredaran zaman juga. Sekarang ini zaman ber’sosial networking‘ kan. Hehe 🙂 Antara Facebook dan Twitter, ibu kurang gemar dengan aplikasi Twitter. Tapi bukan bererti tidak menggunakan platform ini untuk bersosial. Ibu ada guna tapi jarang kerana ibu lebih selesa menggunakan platform Facebook sebagai penghubung jaringan di alam maya.

antara facebook dan twitter

Perang Facebook dan Twitter

Antara Facebook dan Twitter, Ibu Pilih Facebook!

Antara penyebab yang ibu tidak begitu menggemari aplikasi Twitter adalah kerana :-

  1. Jika ibu follow someone, tak kira sama ada yang ibu kenal atau tidak kenal, tidak semestinya rakan tersebut akan follow ibu semula. Tidak seperti Facebook, bila ibu or rakan accept request, automatik dua-dua akan jadi rakan or follower. Kalau di Twitter, kadang-kadang ibu hendak juga kawan-kawan follow ibu, tetapi disebabkan kawan yang ibu follow itu tidak sudi untuk follow ibu semula, tak akan lah, ibu nak merayu bagai pula minta diikuti. Hehe. Sangat-sangat tidak kuasa nak merayu bagai. Kalau nak suruh artis follow lagi baik tak payak. Buang masa sahaja. Tak ramai artis yang nak layan permintaan peminat-peminat mereka. Dan, ibu, tak pernah juga request untuk follow akaun twitter ibu juga sebab ikutlah kawan-kawan hendak follow ibu atau tidak. Follow lah ibu dengan ikhlas. Hehe.
  2. Bila hendak menaip status sahaja kena pendekkan ayat. Aduh, malasnya. Kena pula menggunakan bahasa SMS kerana ada limit bilangan huruf. Hanya 140 huruf sahaja dibenarkan. Kalau bubuh link pula automatik link tersebut akan diubahsuai. Kalau, jenis ibu pula kadang-kadang ada masa nak update status yang panjang, jadi terus terbantut. Kalau dengan Facebook, tulis lah panjang mana pun, tak ada siapa yang akan marah. Hehe.

Pada ibu. itu yang menjadi sebab utama yang membuatkan ibu kurang gemar hendak update status di Twitter tapi bukan bermakna tidak update langsung. Biasanya, ibu selalu update guna BB Social Feed. Jadi, terus automatik update di mana-mana aplikasi social networking yang ibu sedang online. Mudah juga sebab tidak perlu taip status yang sama banyak kali di lain-lain aplikasi.

Apa pun, setiap orang ada pendapat masing-masing. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Ini hanya pendapat peribadi ibu sahaja. Lagi pun, Facebook dan Twitter, masing-masing ada kelebihan dan kekurangnya. Tepuk dada tanya yang mana lebih selesa. Hehe.

Posted with WordPress for BlackBerry Torch.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge