Ayat-Ayat Skema Mifzal Arsyad


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mifzal Arsyad skang dah makin petah bercakap..ya lah umur pun dah meningkat..hari ni genap umur Mifzal Arsyad 3 tahun 3 bulan..alhamdulilah..dah besar dh anak comel ibu ni..

Bila dh petah bercakap..ada je ayat2 yang kuar dari mulutnya yg comel tuh..sangat2 terhibur..tambah pulak skang Mifzal Arsyad sudah punya ramai kawan di Taska Permata..lagi la suka bercakap.. 🙂

Yang buat ibu dan abah sgt2 terhibur dan rasa kelakar bila ayat2 yg skema dari mulut Mifzal Arsyad..terpikir gak ibu, mana dia belajar ayat2 gitu..hehe

Antara situasi2 yg mencuit hati ibu :-

Situasi 1

Bila ibu pegang or peluk Mifzal sbb tak nak kasi dia main2 benda2 yg bahaya or main kotor etc..

Mifzal Arsyad : ” Lepaskan saya dari sini”

Situasi 2

Ketika ibu n Mifzal di rumah. Dek Mifzal tgh leka menonton TV ibu amik kesempatan utk mandi sekejap..maklumlah cuaca panas..masa tgh asyik mandi..tiba2 ibu terdengar suara mifzal menangis memanggil ibu. Terus ibu tutup shower..tp saja x mau kuar sbb nak tergelak dgr ayat2 skema dak Mifzal ni

Mifzal Arsyad : “Ibu, di mana ibu? Saya tak jumpa ibu, saya takut”

Situasi 3

Bila ibu marahkan Mifzal, sambil menangis Mifzal akan ckp :-

Mifzal Arsyad : Ibu, maafkan saya. Ibu suka marah”

Huhu..bila dgr terus luluh hati ibu..terus x jadi nak marah dah..

Ayat2 di atas tu dituturkan oleh Mifzal dgn tepat n tidak pelat..hehe..sgt2 skema kan..

Ni gambar budak kecik tgh qada’ hajat..tempat favourite antara sofa..

Posted with WordPress for BlackBerry Torch.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge