Aktiviti Pagi Ahad Kami

Hari ini hari ahad. Apa ibu nak cerita ya? Tak ada yang menarik sangat. Hari ini ibu start rutin ibu dengan membasuh baju. Nasib baik ada mesin basuh tolong. Kalau tak,  mahu patah tangan ibu memberus kain. Banyak kain baju tak berbasuh. Stok seminggu. Hehe. Mifzal pula,  pagi-pagi dah bangun. Bangun saja terus capai bekas cd abah buat mainan. Ini ibu ada ambik gambarnya. Sori gambar tak berapa clear sebab di dalam bilik.

Inilah Mainan Yang Mifzal Paling Suka : Bekas CD Abah Mifzal
Selepas membasuh, ibu pergi menjemur kain di luar rumah. Buka pintu pandang belakang, ada pulak yang mengikut. Cepat saja Mifzal merangkak sampai ke pintu. Nasib baik ibu tutup grill pintu tu kalau tidak memang dengan Mifzal sekali lah ‘menjemur’ baju. Hehe. Jom tengok gambar budak kena kurung. 😀

 

Aktiviti Mifzal

” Alamak..x sempat..ibu dah tutup grill la..huhu”
“cemana ni? nak kena panjat ke?”
“try la panjat..eeeyahh…”
“hehe..ibu..adik nak panjat ni..”
“eh..sikit lagi…ni..”
Itu lah gayanya anak ibu. Kejap lagi dah boleh berdiri kot. Hehe. Sambil duduk melayan mifzal,  sambil juga ibu masakkan sarapan pagi. Dari semalam lagi merancang nak masak sardin roll. Jadi, ini la sarapan kita orang pagi tadi. Mifzal pula, pagi-pagi dah minum susu. Lepas itu, sambung makan nestum pula. Hehe. Dah kenyang semuanya. 😀
“inilah sardin roll ibu..”
“Yang bukan ibu masak..hehe.beli kat pasar belakang umah.”

 739 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*