Jom Aa Ba Ta Bersama Mifzal. Mifzal suka belajar Iqra’. Buku Iqra’ tahap 1 antara buku yang disukainya. Hari-hari minta mahu baca Aa Ba Ta. Mifzal mendapat didikan tidak formal di rumah (diajar oleh Ibu & Abah Mifzal) manakala didikan formal di Tadika Kemas, belajar Iqra’ setiap hari Selasa & Khamis.
Alhamdulillah, Mifzal , senang mengikuti pelajaran Iqra’ yang diajar. Sekarang, kalau ikutkan sudah khatam buku Iqra’ tahap 1. Sudah dapat baca sampai habis buku tersebut tetapi bila mahu menyambung ke buku Iqra’ tahap 2, katanya, buku itu salah. Ya! ada sedikit kesilapan cetakan pada buku Iqra’ tahap 2 yang ibu beli di Karnival Buku tempoh hari.
Kata Mifzal, “Ibu, Boboy tak mahu buku Iqra’ 2, nya salah. Huruf Ha tak ada titik, huruf Jim baru ada titik”. Ibu yang belum sempat membelek buku itu selepas membelinya (Beli dalam set- ada 6 buku kesemuanya) terpinga juga ibu sekejap. Selepas diterangkan oleh Abah Mifzal, baru ibu faham. Rupanya, huruf Ha di salah cetak menjadi huruf Jim. Oh! patutlah tidak mahu baca buku itu, sebab buku itu salah pada dia. Hehe..Boboy..boboy.
Jom Aa Ba Ta Bersama Mifzal
Jom layan Mifzal baca Aa Ba Ta π
1,150 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Bagus kaedah iqra ini, dari buku ini kita fasih sket baca ayat Quran tanpa perlu eja dah. Alhamdulillah π
saya pun baru belikan anak saya iqra ni…
haha..macam itulah plakk..
ya mcm ni la..hehe
Jika benar salah cetak kena buat report
ya..memang kena report salah cetak.