Lamanya blog ini terbiar. hampir 6 bulan tanpa cerita baru. Sungguh mood berblogging ke laut. Tak dapat dicari. Apa ya nak dikongsikan? Menggaru kepala ibu. Bukan tak ada cerita. Cerita tu ada tapi nak memulakannya itu aduhai, malasnya! Ibu ada 2 cerita gembira yang ingin ibu kongsikan di blog kesayangan ini bersama-sama pembaca semua. 😀
Cerita Pertama
Akhirnya, bebanan belajar ibu sudah habis. Result peperiksaan semester akhir juga sudah pun keluar pada 16 Jun 2012 yang lalu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah SWT, impian ibu dalam pelajaran akhirnya tercapai. Akhirnya, ibu berjaya menamatkan pengajian ibu dengan keputusan yang ibu kira agak cemerlang. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat untuk ibu meneruskan perjuangan ini sehingga berjaya. Dalam tempoh 4 tahun lebih ini, pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang ibu hadapi. Namun, berkat doa kalian, akhirnya ibu bergelar graduan. Insya Allah, Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-28 akan diadakan pada 24 – 28 Oktober 2015 nanti.
Cerita Kedua
Alhamdulillah juga, setelah penantian selama lebih 5 tahun. Akhirnya rumah idaman ibu sudah siap pada 8 Mei lepas. Kunci pun dah diambil. Seronoknya tak terhingga. Tak sabarnya nak duduk rumah sendiri. Teruja sangat-sangat. Banyak benda hendak diuruskan sebelum dapat berpindah ke rumah baru. Bajet pun tak banyak, jadi buat yang mana penting dulu. Harap-harap dapat pindah masuk secepat mungkin. Banyak juga keperluan untuk masuk rumah baru yang kena disediakan. Tak tahu nak dahulukan yang mana. Rasanya semua nak dibuat serentak dalam sekelip mata. Hehe..punya tak sabar nak masuk rumah baru kan!
Kalau buat kira-kira, banyak juga duit yang akan habis bila hendak masuk rumah baru. Banyak keperluan yang perlu disediakan. Tapi dalam masa yang sama perlu juga berjimat-jimat. Sediakan keperluan yang penting dahulu. Kalau ada budget lebih boleh lah renovate rumah idaman nanti.
1,107 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Alhamdulillah…doakan junior2 pula yer..hehehe..saya sem 8..selalu jugak nampak ibu di uum. tp i is malu nk tegur..
terima kasih…ala napa tak tegur..
insya Allah..konvo 2016 turn awak plak..
ini rumah yang di bidor damansara tu ke? Saya ada juga plan nak beli rumah dekat sini sebab nampak banner dia tempoh hari.
lama juga ye proses rumah ni disiapkan.
btw, tahniah sis dapat masuk rumah sendiri
ha ah bidor damasara..mmg lama utk fasa 1 tp fasa 2 ni nmpak cepat je pemaju buat..
alhamdulillah 2 berita gembira, pasni bolehla deko2 kan ainey, rezeki rumah baru, mana tahu rezeki mifzal dapat adik 😉
thanks aju
Tahniah berganda. Manisnya kejayaan dikongsi dengan orang yang tersayang