Salam Perkenalan Dari Ibu & Baby Mifzal


Salam Perkenalan Dari Ibu & Baby Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Salam perkenalan dari ibu dan Baby Mifzal. Akhirnya, hasrat ibu untuk mempunyai sebuah blog untuk ibu curahkan segala berkongsi mengenai kisah ibu dan si comel, Baby Mifzal secara online tercapai. Saat Baby Mifzal lahir ke dunia, saat itu lah bermulanya kisah kami yang akan ibu coretnya di sini. Dengan harapan, apa yang dicoretkan di sini, dapat dijadikan kenangan indah di masa hadapan.
my baby boy

 

Baby Mifzal

Setelah bertarung selama 35 jam menahan kesakitan..akhirnya, lahirlah buah hati yang dinanti-nantikan selama ini. 9 bulan lebih dikandung, putera kesayangan ibu dan abah ini diberi nama Mifzal Arsyad yang bererti “Yang Mulia dan Kecerdasan“.

Pelbagai pengalaman manis semasa mengandungkan Baby Mifzal. Di awal kehamilan, ibu tidak terkecuali merasai morning sickness yang agak teruk selama 5 bulan. Dalam tempoh itu, 3 kali ibu dimasukkan ke hospital kerana Hiperemesis Gravidarum iaitu muntah yang berlebihan. Berbotol-botol air dimasukkan ke badan ibu. Tapi yang peliknya, bila ibu di hospital, tidak pula ibu mengalami muntah yang teruk. Elok sahaja, kadang itu tidak muntah pun masa berada di hospital. Terpikir ibu, anak ibu ni, suka bau hospital ke? Hehe…Walaupun mengalami alahan yang teruk, tapi percayalah, itu antara kenangan terindah mengandungkan Baby Mifzal.

Ibu memang tidak boleh lupa saat Baby Mifzal bergerak-gerak di dalam perut ibu. Indahnya moment itu. Rindu…

Sepanjang kehamilan ibu tidak rasa mengidam sangat. Hanya teringin nak makan buah jambu madu / air. Mujur buah tersebut senang dicari. Di kampung Abah Mifzal, memang pusat pengeluaran jambu madu. Sebelum itu, cari di Kuala Lipis, Pahang tidak ketemu :p. Sebenarnya, memang Baby Mifzal memang tidak banyak ragam. Seakan memahami yang ketika itu, ibu masih tinggal berjauhan dengan Abah Mifzal. Ibu di Pahang dan Abah Mifzal di Perak.

Tetapi kami tidak lama berjauhan. Habis pantang nanti, ibu akan berpindah ke Perak kerana permohonan ibu untuk pindah mengikut suami telah pun diluluskan. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga. Hadirmu, Baby Mifzal membawa seribu rahmat kepada ibu dan Abah. Semoga anak ibu ini, sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Okay, setakat ini dulu sebagai permulaan. Banyak lagi yang ibu akan kongsikan di dalam entri-entri yang seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca blog IbuMifzal.Com (former blog : www.keluargamifzalarsyad.com & www.ibu-abah-mifzal.blogspot.my)



Jom Kongsi!

Related Posts:

203 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


3 Comments

  1. Pingback: Mula Menulis Kerana Anak | Ibu Mifzal Arsyad™