Drama Tentang Dhia Di Slot Akasia TV3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

dah nak abih eh..drama Soffiya di slot Akasia Tv3 eh..hehe..ibu mmg jarang sgt dapat ikuti..

ibu ada baca  info mengenai drama baru yang akan ganti drama soffiya iaitu Drama Tentang Dhia.

Tentang Dhia akan bersiaran di slot Akasia TV3 bermula pada 7 November 2011 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Drama terbaru ini adalah merupakan adaptasi daripada Novel Tentang Dhiya, tulisan Syud@Syuhada. Antara pelakon Tentang Dhia  ialah Nora Danish, Ady Putra & Tasha Shilla.

Sinopsis Drama Tentang Dhia belum ada lg..nnt diupdate kemudian..so kita layan dulu sinopsis novel Tentang Dhia…mungkin lebih kurang sama je kan..

Sinopsis Novel Tentang Dhiya – Syud@Syuhada

Kisah seorang gadis Dhiya yang berusaha menghadapi hidup yang penuh dengan kesedihan setelah kematian kedua ibu-bapa dalam kemalangan. Boleh dikatakan Dhiya Nurlisa mempunyai emosi yang kucar-kacir dan penuh dengan aura negatif, ‘protective’. Takut dengan perasaan sendiri dan sentiasa merasakan dia boleh berdikari sedangkan hidup ini penuh warna warni dan perlu bertolak ansur.

Mula dari berkongsi kertas projek yang terpaksa dilakukan atas arahan Dr Noraini, dia akur dengan situasi yang menyebabkan dia harus berkongsi dengan seorang bernama Tau Fu Fa. Nama yang pelik dipanggil Tau Fu Fa kerana Azril Mustaufi bunyinya seperti Tau Fu Fa…. Bibit-bibit rasa sudah mula terjalin namun atas ke egoan dirinya menyebabkan semuanya
terlepas begitu sahaja. Kehadiran Faiz dan Azwan menyebabkan dia merasa tertekan.

Lelaki yang berada di hadapannya terlalu memaksa, Faiz baik Azwan punya perangai yang sama, walaupun mereka sentiasa menjadi pendengar yang setia, namun tiada ‘chemistry’ di situ.

Lalu, Dhiya Nurlisa membawa diri ke Swiss dan berkelana mengejar segulung Master selama 3 tahun. Akhirnya pulang jua ke tanah air, dengan segulung ijazah, dan dengan tidak disangka-sangka bibit-bibit dulunya mula berputik apabila adegan-adegan tidak sengaja yang ditakdirkan untuk bersama berulang-kali berlaku.

sumber sinopsis : NovelMalay

nak tahu kesudahannya boleh beli novel ini di Jemari Seni

ok..jgn lupa juga tgk drama Tentang Dhia 🙂

ps : if ada kesempatan..ibu pun nak tgk jgk..

 1,897 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

  1. salam…..Maaf, tapi aksia Tentang Dhia bukan adaptasi dari novel Tentang Dhia. Kebetulan tajuknya sama. Pada asalnya bertajuk Zikir Buat Dhia, tapi di tukar menjadi Tentang Dhia….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*