Kasut Persandingan Ezlynn Direka Oleh Neelofa


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

wow..cantik kasut persandingan Ezlynn yang direka oleh Neelofa..x sangka plak ibu yg Neelofa ni pereka kasut…

PETALING JAYA: Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada Rabu ini (esok) bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.

Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.

“Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

“Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu,” katanya kepada mStar Online selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.

Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.

“Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

“Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin,” katanya.

Berita penuh KLIK SINI

ps : wow.harga kasut pun sampai 20 ribu..sama dgn yuran belajar PLK kat UUM 😛



Jom Kongsi!

Related Posts:

104 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge