Demam Bengkak Tonsil : Punca dan Rawatan


(Demam Bengkak Tonsil : Punca dan Rawatan)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Aduhai, 5 hari tidak berblog. Cuti sekejap gara-gara ibu mengalami demam bengkak tonsil. Sakitnya tekak, nak menelan bukan main susah. Nak telan air liur pun sakit sahkan nak telan makanan. Yang geramnya, walaupun demam selera makan tetap ada. Sudahnya tak dapat nak makan lebih sebab perit tekak nak menelan. Kebelakangan ini, kerap juga ibu demam akibat tonsil bengkak. Mujur kali ini, demam tak teruk. Suhu pun antara 37.9 hingga 38.4 darjah celcius turun naik. Ke klinik dapat lah sehari cuti sakit. Dapatlah berehat di rumah walaupun sekejap. Sebenarnya, ibu mengalami bengkak tonsil ini ketika ibu bercuti di kampung halaman ibu di Kelantan.

demam bengkak tonsil

Oleh kerana ibu agak kerap mengalami demam bengkak tonsil ini, ibu adalah juga google info yang berkaitan dengan tonsilitis atau demam bengkak tonsil ini.

Apa itu Bengkak Tonsil atau Tonsilitis?

Tonsil adalah merupakan 2 nodus limfa yang berada di dalam mulut iaitu di bahagian belakang tekak. Fungsi tonsil ini adalah untuk menghalang bakteria dalam badan kita. Tonsilitis pula bermaksud apabila tonsil tersebut dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus). Tonsilitis sebenarnya tidak berbahaya kerana ia menunjukkan sistem immune badan sedang berfungsi dengan baik. Namun jika selalu mengalami tonsilitis, Ia bermaksud immune dalam keadan lemah kerana sering diserang penyakit.

Punca Bengkak Tonsil

Baca Lagi



Pengalaman Menggunakan Produk Bio Essence Tanaka White (Double Whitening)

(Pengalaman Menggunakan Produk Bio Essence Tanaka White (Double Whitening))

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kira-kira sudah sebulan ibu mencuba produk ini. Beli gaji bulan 2/2017 dan ini sudah nak dapat gaji 3/2017. Sekejap je masa berlalu :p. Sebenarnya, sebelum mencuba produk ini, sudah banyak produk-produk penjagaan  wajah yang ibu sudah cuba. Kesan? Ada yang berkesan dan ada juga yang tidak. Sebelum ini set produk penjagaan wajah yang ibu pernah cuba adalah seperti Nano White, Simplysiti, Garnier, NV, Nuriz Kosmetik, Dnarz, Vida Beauty dan lain-lain lagi. Dan, yang terbaru adalah produk Bio-Essence Tanaka White Double Whitening.

review produk bio essence tanaka white

Ibu memang suka terus beli satu set. Sebab nak cuba semua produk yang ada.

  1. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Cleansing Form
  2. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Clarifying Softener
  3. Bio-essence Tanaka White – 4X Intensive White Serum
  4. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Day Cream SPF20
  5. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Renewal Night Cream

Kalau iku hati sebenarnya nak mencuba yang set gold tu tapi harganya mak aih..

Baca Lagi

Petua Mengatasi Stroke

(Petua Mengatasi Stroke)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tertarik untuk ibu kongsikan petua dalam mengatasi stroke. Ibu baca info ini di facebook…

cara stroke berlaku

Untuk renungan…..

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sihat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.

Baca Lagi