Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017


(Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mungkin agak terlewat sebenarnya untuk kongsikan info ini. Ibu pasti info ini sudah dapat diakses daripada pelbagai sumber di internet. Tapi, ibu mahu juga kongsikan di blog IbuMifzal.Com agar mudah untuk ibu dan pembaca lain untuk mendapatkan info berkaitan tarikh pembayaran gaji ini. Biasa tengah-tengah bulan, mulalah ibu google-google bila la tarikh gaji dibayar nih. Poket dah kering..hehe. Nasib pekerja makan gaji, macam ini lah..hehe.

tarikh gaji 2017

Nampaknya, tahun ini, tak banyak bulan yang gaji dibayar awal. Hanya bulan Jun dan Oktober 2017 sahaja. Bulan lain, lebih kurang tarikh gaji standard 25 haribulan.

Baca Lagi



Produk Tati Skincare & Moleek Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

(Produk Tati Skincare & Moleek Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mengesa orang awam untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

produk tati dan moleek skincare beracun

1. Tati Skincare Night Cream (NOT150200975K)
2. Tati Skincare Treatment Cream (NOT150200974K)
3. Moleek Anti Pigment Cream ((NOT150700326K)

Gesaan ini adalah kerana produk-produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin. ย Maklumat lebih lanjut adalah seperti di dalam jadual di bawah :-

Baca Lagi

UPDATE : Senarai Produk Kosmestik Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual

(Senarai Produk Kosmestik Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mengikut laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

kosmetik mengandungi produk berbahaya

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

ps : Senarai produk akan dikemaskini dari masa ke semasa

Tahun 2017

Baca Lagi