Bounce Rate Yang Menurun


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Teruja ibu bila bounce rate blog ini dah menurun. Dari lebih 80% ketika blog ini dijenamakan semula, kini semakin menurun sehingga 35% bagi tempoh sebulan.

bounce rate

Yang buat ibu agak terkejut bila daily bounce rate yang dulu peratusannya berpuluh-puluh sehari, tapi buat seminggu ini peratusannya menjunam sehingga 1%. Bagaimana boleh turun sebegitu drastik? Ibu tak pasti. Mungkin penangan drama Adam & Hawa kot. Dan, tak tahu lah selama mana dapat bertahan ni 😉

Oh..bagi yang belum tahu mengenai bounce rate. “Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page”. Mengikut pemahaman ibu, bounce rate atau kadar lantun ni merupakan peratusan pembaca atau pelawat blog yang meninggalkan blog setelah membaca 1 entri atau halaman tanpa membaca entri lain atau melawat halaman lain. Kiranya, semakin rendah kadarnya, semakin bagus kualiti blog tersebut. Kadar lantunan yang terbaik adalah di bawah 30%.

Macama  mana nak check? kalau ibu, ibu guna code google analytics je..

Err..kalau kurang faham dengan ayat ibu ini, boleh lah google mengenai bounce rate ini. Ibu nak cerita pun, ibu juga kurang arif mengenainya. 😉

ps : nak letak target la..bulan depan nak dapatkan bounce rate kurang dari 30%, mampu kah?

Posted from My Samsung Galaxy Note



Jom Kongsi!

Related Posts:

233 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


22 Comments

  1. Pingback: Selamat Tinggat Tema 'Thesis' | Ibu Mifzal Arsyad™