Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan


(Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sedar tak sedar rupanya sudah 10 tahun kahwin. Hari ini 27 Mei 2017, jam 10.15 pagi, genaplah 10 tahun umur perkahwinan ibu dan Abah Mifzal. Sungguh terasa sekejap masa berlalu. Alhamdulillah, tarikh ulang tahun perkahwinan kami pada tahun ini sama pula dengan hari pertama umat Islam memulakan ibadah puasa. Oh! ya. Tidak ketinggalan untuk ibu juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog IbuMifzal.Com yang beragama Islam.

gambar perkahwinan ibumifzal
Tema Maroon + Gold/Silver

Tersenyum bila lihat gambar-gambar lama. Turut terasa umur yang sudah makin meningkat. Mifzal juga sudah besar, 9 tahun sudah usianya. Alhamdulillah, ibu sangat-sangat bersyukur  di atas setiap rahmat yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga. Harapan ibu agar jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT….Aamiiin…

Baca Lagi



Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017

(Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tak sampai lagi, kita umat Islam akan menunaikan ibadah rukun Islam yang ketiga. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca blog IbuMifzal yang beragama Islam. Seperti tahun-tahun sebelum, suka untuk ibu kongsikan info berkaitan dengan kadar bayaran zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia yang wajib dibayar.

zakat fitrah 2017
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah berdasarkan sumber rasmi yang diperolehi dari Majlis Agama Islam bagi setiap negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017

Baca Lagi

Beli Buku @ Trak Book2U

(Beli Buku @ Trak Book2U)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

2 Minggu lepas, Mifzal sangat teruja bercerita tentang trak Book2U daripada Syarikat Karangkraf akan datang ke sekolahnya pada minggu lepas. Surat edaran dari sekolah juga ada menjemput ibu bapa untuk sama-sama hadir memeriahkan program jualan buku oleh Book2U di sekolah. Mifzal berkali-kali memesan  pada ibu agar jangan lupa datang. Ibu janji akan datang semasa waktu rehat.

Jualan buku oleh Book2U
Trak Book2U

Pada 8 Mei 2017 (Isnin), program jualan telah diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Ibu yang ralit memyiapkan kerja di pejabat lupa seketika akan janji ibu pada Mifzal untuk ke sekolahnya pada waktu rehat. Rehat pada jam 10.10 pagi. Jam 10.25 pagi baru ibu teringat. Apa lagi, kelam kabut ke sekolahnya. Mujur dekat. Walaupun terpaksa menempuh 2 trafik light yang melambatkan ibu sampai ke tempat dituju.

Baca Lagi