Raya Aidilfitri Tahun Ini

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk raya ke-empat kita berhari raya. Raya Aidilfitri tahun ini (1443H/2022) memang sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum dan semasa pandemik Covid-19. Raya yang tidak dijangka, kita umat islam di Malaysia telah menyambut 1 Syawal tahun ini sehari awal dari tarikh kalendar. Bukan tidak pernah berlaku, pernah berlaku situasi begini tetapi dah lama.

Raya Aidilfitri Tahun Ini
Salam Aidilfitri 2022

Semua tidak menjangka tiba-tiba hari raya puasa tahun ni jatuh pada 2 Mei 2022 (Isnin) dan bukannya pada 3 Mei 2022 (Selasa). Segala persiapan dibuat berpandukan tarikh jangkaan mengikut kalendar. Ya lah, semua kuasa Allah. Nampak anak bulan Syawal di dua lokasi iaitu di Langkawi dan Labuan, kalau tak silap ibu.

Raya Aidilfitri Tahun Ini

Bagi ibu pula, bila mengetahui yang raya awal, aduh, terkejut dan frust juga sebab tak dapat buat seperti yang dirancang. Namun, apa pun kena redha kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Hari Raya Aidilfitri tahun ini tetap disambut dengan meriah. Tidak seperti 2 tahun sebelumnya yang ada kekangan untuk menyambutnya. Terasa semula pengalaman terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas apa bila pulang ke kampung.

Raya Aidilfitri Tahun Ini
Salam Aidilfitri 2022 dari IbuMifzal.Com

Raya kali ini, ibu dan keluarga tidak pulang beraya di kampung halaman ibu tetapi sebaliknya kami beraya di rumah adik ibu di Johor. Apa pun, syukur kerana kita dapat peluang untuk menyambut raya puasa lagi pada tahun ini. Alhamdulillah.

 2,471 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*