Sebenarnya lama dah rasa nak kongsi cerita hobi ibu yang terkini. Ibu mula berjinak-jinak dengan hobi diamond painting yang menarik ini sejak PKP 3.0 iaitu hampir setahun lalu. Mula terjebak apabila ibu melihat perkongsian di Facebook. Asyik lalu sahaja di timeline ibu. Eh! Menarik ni, macam boleh release stress kan.
Apa Itu Diamond Painting?
Ibu pun mula lah mencari apa jenis diamond painting (DP) ni. Nak kata lukisan bukan lukisan tp lebih kepada penggunaan manik atau kristal (sudah tentu la buka kristal ori, hehe) dan ditampal ke kanvas yang mempunyai lakaran lukisan dan gam. Mula-mula melihat video yang dikongsikan di Facebook memang ralit juga. Teruja pula ibu ingin mencuba hobi ini.
Ibu mula membuat carian di aplikasi Shopee. Rupanya banyak seller yang jual DP. Ada seller dari Malaysia dan juga seller luar seperti dari Mainland China. Untuk permulaan ibu membelinya daripada seller Malaysia. Harganya seganda mahal daripada seller luar. Tapi tidak mengapa kerana memikirkan tidak perlu tunggu lama untuk menerimanya.
Hobi Diamond Painting Yang Menarik
Tak terlengah ibu untuk mencubanya. Mula-mula study dulu bagaimana cara untuk menggunakannya. Rupanya tidak lah sesusah mana. Memang ralit bila dah terjebak. Susah pula mahu berhenti. Hehe. Mujur lah, ibu sudah memakai cermin mata yang cerminnya adalah multi focal, kerana ibu mempunyai rabun jauh, silau adan juga dekat. Kalau tiada cermin mata ini, memang sakit mata ibu untuk menyelesaikan satu lukisan. Tulisan kodnya sangat kecil.
Masa menyiapkan “lukisan berlian” ini juga membuatkan ibu fokus dan ralit. Satu-satu menampal kristal tersebut di atas kanvas mengikut kod warna. Biasanya kod warna kristal ditanda dengan nombor ataupun abjad. Bila leka memang terasa sekejap sahaja masa berlalu. Ini betul menjadi satu terapi untuk menghilangkan stress kesibukan kerja.
Lukisan yang ibu beli biasanya didatangkan bersama dengan tools dan manik kristal. Ibu juga turut membeli tempat menyimpan manik kristal itu supaya tidak mudah berselerakkan.
Lukisan Diamond Painting Yang Dah Siap
Puas hati bila lukisan diamond ini sudah siap. Bukan ambil masa yang sekejap. Boleh tahan juga masa untuk mengadapnya. Tetapi apabila mellihat hasilnya yag cantik, membuatkan hati ibu berbunga-bunga. Walaubagaimana pun, ibu belum berkesempatan lagi untuk memasang bingkai dan melekatkannya ke dinding. Nanti lah bila ada masa lapang 😀
2,729 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply