Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Baru-baru ini, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, telah menganjurkan pertandingan pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk melukis logo Hari Kebangsaan 2018 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku dan sebanyak 632 logo telah diterima sebagai penyertaan oleh pihak kementerian.

Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2018 : Sayangi Malaysiaku

Dan, pada 25 Julai 2018, pemenang pertandingan tersebut telah dipilih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan ia telah dimenangi oleh Encik Nik Zulkifli Nik Hitam yang mencipta logo  di atas yang membawa maksud :-

Simbol rakyat melakukan gerakan mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dipilih menjadi logo rasmi. logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.

Orang ramai boleh memuat turun logo Hari Kebangsaan Malaysia bagi tahu 2018 di laman web rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018. Untuk muat turun di link di bawah.

http://malaysiamerdeka.my/web/

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge