Mencuba Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold


(Mencuba Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah 4 bulan mengguna produk Bio Essence Tanaka White, ibu beralih kepada produk penjagaan wajah Safi Rania Gold. Beralih bukan kerana Bio Essence tidak sesuai dengan wajah ibu tetapi sejak Bio Essence keluarkan produk Tanaka White + Camelia, ibu lihat harganya juga naik. Makin mahal tak mampu la pula nak maintain. Banyak juga bezanya. Kalau dulu krim malam or siang baru RM30.00 lebih. Tapi sekarang hampir cecah RM60.00 sebekas. Serum lagi mahal. Dulu rasanya dalam RM70.00 lebih sahaja tetapi sekarang hampir RM100.00 sebotol. Aduhai mahal sungguh πŸ™ Jadi ibu decided untuk mencuba set penjagaan wajah yang harganya affordable. Safi Rania Gold jadi pilihan ibu.

rangkaian produk penjagaan wajah safi rania
Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold

Okay, sebenarnya ibu pernah mengguna produk Safi Rania Gold ini 6 tahun lepas. Sebab ibu berhenti guna ibu tak ingat tapi biasalah ibu ni memang suka-suka tukar produk. Konon nak try tetapi susah nak maintain. Jenis sekejap pakai sekejap tak..hehe nasib muka tidak meragam. TAPI kali ini, ibu nak cuba untuk maintain pakai dan hopefully sesuai lah dengan kulit muka ibu.

Baca Lagi



Sekolah Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

(Sekolah Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini Datuk Seri Mahadzir Khalid selaku Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh 23 Jun 2017Β (Jumaat) dijadikan cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M. Sesi persekolahan pada tarik tersebut akan diganti pada 17 Jun 2017 (Sabtu). Ini hanya terpakai untuk sekolah-sekolah di dalam kumpulan B iaitu bagi negeri-negeri seperti Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembila, Pahang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

tarikh cuti sekolah sempena raya 2017
Selamat Bercuti

Bagi negeri-negeri Β seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu (Kumpulan A), tarikh 23 Jun 2017 adalah merupakan hari cuti umum dan cuti persekolahan sempena hari raya juga bermula pada tarikh tersebut. Ini adalah untuk memudahkan para murid dan guru untuk pulang berhari raya di kampung halaman dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sudah pasti bermula 24 Jun 2017, rakyat Malaysia akan mula berpusu-pusu untuk pulang berhari raya di destinasi masing-masing.

Baca Lagi

Bonus Raya 2017 Untuk Penjawat Awam

(Bonus Raya 2017 Untuk Penjawat Awam)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini, merasa lagi bonus raya bagi penjawat awam persekutuan bagi tahun 2017. Syukur kerana sekurang-kurangnya boleh lah menampung belanja persediaan raya tahun ini. Ibu ada terbaca info siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia di Facebook mengenai pemberian bantuan khas kewangan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Memang tertunggu juga pengumuman ini. Bila dah tahu boleh lah bajet apa yang patut. Kos semakin meningkat perbelanjaan pasti juga meningkat.

Bonus Raya 2017 Untuk Penjawat Awam
Bonus Raya 2017 Untuk Penjawat Awam

Menurut petikan siaran media tersebut, pihak Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Baca Lagi