Wishlist 2010 Yang Baru Tercapai


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


hehe..sblm ni…ibu ada buat entry wishlist 2010 (Ibu’s 2010 Wishlist)

antara wishlist 2010 ibu..n statusnya

  • nak beli rumah – dalam proses pembelian
  • nak beli kereta – Dah beli BKX
  • nak tukar hp baru – dah beli (Samsung Wave) – sendiri sponsor
  • nak tukar baru mesin basuh n peti sejuk – kiv dulu
  • nak sambung study – tercapai bila dapat offer dari UUM baru2 ini
  • nak beli komputer – sudah tercapai pd 16.01.2010 & net book

boleh dikatakan 90% wishlist ibu untuk tahun 2010 dah tercapai…hehe..ibu sangat gembira…selalunya wishlist tuh tinggal wishlist…tp tahun lepas byk yg tercapai dalam sedar x sedar jugak la..

ok..yang belum tercapai seblm tamatnya 2010 hanya lah wishlist nak tukar mesin basuh n peti sejuk..

alhamdulillah…wishlist nak tukar mesin basuh dah tercapai akhirnya…tinggal peti sejuk je…asalnya..mesin basuh n peti ni..abah ckp nak tukar baru bila pindah rumah baru nnt (mungkin 2013 baru siap umah tuh..hopefully awal la kan)..so ibu sabarkan ajar la..w/pun hati ni membuak2 nak..terutamanya mesin basuh..ssb dah letih guna yg semi auto ni..tau la ibu ni selalu membazir air bila guna mesin basuh tu sbb lupa nak tutup..bila dah ralit buat keje lain..

kebetulan pulak..baru2 ni mesin basuh MIL dah rosak..n ipar ibu pulak kata ada mesin basuh second hand 10 kg nak dijual RM400 je..so ibu suggestkan kat MIL ibu suh beli..pas tu ipar ibu ckp x padan kalau MIL nak guna mesin basuh besar sbb bukan banyak pun baju nak basuh..last2 ibu cadangkan kat abah..biar kami beli n yg mesin basuh kami tuh bagi kat MIL..

sekali tu aral cemana tah..2-3 hari menunggu mesin basuh second tuh x kunjung tiba..last2 ipar ibu ckp ownernya x jadi nak jual sbb mesin tu dah rosak n tgh hantar servis…huhu..x per la x de rezeki nak dpt mesin basuh murah…

ibu akur je la..tp abah pulak bagitau..kita beli je la mesin basuh baru…yg lama bagi je kat MIL..ibu apa lagi..sangat la setuju..ya la..dpt mesin basuh baru..hehe..dan2 jugak keesokkannya go cari mesin basuh baru…n akhirya dapat la..

Mesin Basuh LG

oopsss…bukan yang ni tp sama la jenisnya..cuma warna n capacitynya berbeza….

asalnya mmg nak beli yg warna brown ni..sbb cantik n ada corak bunga lagi..capacity 9.5kg..pas tu abah cakap..alang2 je..baik beli yg 10.5 kg..n tambah RM80 je..cuma warna putih la..x la secantik yg brown ni..tp x per..ibu akurkan juga..

LG WF-SP105G Washing machine
White 10.5kg Top Loader with Health Plus Filter

ok la nih..leh dah basuh toto n comforter sendiri..x yah hantar kedai dobi dah..hehe

ps : tahun 2011..wishlist? rasanya x banyak yg jenis kebendaan…

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge