Tingkap Rumah Kena Umpil


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

bengang ibu..2-3 hari ni bila teringatkan tingkap rumah sewa ibu ni kena umpil..x de keje betul la pencuri2 ni..kerja nak mencuri je..

kisahnya begini..hari sabtu lepas…ibu sekeluarga baru pulang dari kampung..sampai rumah dalam kul 10.00 malam..biasa lah bila baru balik dari kampung..barang2 termasuk dengan handbag ibu diletakkan dahulu kat ruang tamu..penat nak terus kemas..kebetulan ada sehari lg cuti sebetul start keje semula..so ibu decide nak mengemas hari ahad lah..

malam tu..ibu, abah n mifzal mmg tido agak lambat juga..kebiasaannya bila badan penat mmg susah nak tido..dalam kul 3.00 pagi jugak la baru terlelap.

Keesokkannya (Ahad), ibu terjaga pukul 6.30 pagi..sket2 ibu kemas ruang tamu tu tp x perasan lgsg yg handbad ibu x de dah kat sofa..kebetulan plak pagi tu ibu, ajak abah pergi gunting rambut mifzal kat kedai..so bersiap2 la kami dalm kul 9.00 pagi..bila dah siap..ibu un tercari2 lah handbag ibu..seingat ibu mmg ibu letak kat atas sofa dekat tangga..bila cari2 x jumpa mula la ibu berdebar..pelik betul..x kan ibu salah letak pulak..so..abah pun bantu ibu cari handbag ibu…

last2 abah jumpa handbag ibu terselit belakang sofa berhampiran tingkap..bila diselak langsing..rupanya tingkap umah dah terbuka..bertambah pelik la kami..sbb tingkap tu mmg x pernah dibuka pun..ibu mmg jarang bukak tingkap umah sbb takut terlupa tutup..tambahan tingkap umah ni mmg banyak..huhu

bila jumpa handbag..ibu pun check la..KOSONG dalam bag kecuali duit raya mifzal dalam sampul kat poket depan handbag..isi dlam beg semua x de..dgn purse, buku2 bank, deodorant, pads & pantyliners, duit raya lebih dalam sampul ada dlm (RM30.00)..kebetulan pulak purse ibu mmg kosong (abih duit dah buat beraya n balik kampung..huhu)

mmg sah lah..handbag ibu kena kait dek pencuri ni..isi dlm je la dia boleh ambik..sbb handbag x boleh bwk keluar melalui grill tu..grill kecik jer…abah pun ronda la kawasan sekitar rumah…rupanya pencuri tu dah potong pagar dawai hijau belakang..berhampiran dengan bilik air belakang..kat situ jugak abah jumpa barang2 ibu berselerakkan atas tuala..tuala tu digunakan utk lap kereta n digantung kat buaian..yang hilang cuma duit raya RM30 je..barang2 lain pencuri tu tinggalkan belakang rumah…

padan muka pencuri tu..dia ingat org banyak duit ke lepas2 raya ni..dah licin weh..TAPI w/pun yg hilang cuma RM30..tapi trauma tau rumah kecurian ni..rasa macam x selamat je..2-3 hari nak tido pun x lelap..sbb duk terpikir..dgr bunyi sket mula la gelabah..kot2 ada org pecah rumah..takut…

ibu ke Balai Polis berdekatan pagi tu jugak..kononnya nak buat report la..tp dinasihatkan just buat makluman je..sbb kerugian sangat sikit..ibu bersetuju je sbb polis tu ckp kalau buat report police leceh..byk procedure..huhu..so pihak polis akan hantar peronda utk dtg check..

menurut polis yg dtg tgk tuh..pencuri ni pencuri yg dah biasa mencuri..cara dia potong pakar n umpil tingkap..kata polis tu lagi..kalau ikutkan pintu umah sewa ibu ni jenis yg susah nak diumpil dari luar..tp pencuri tu boleh buat..nasib baik ada grill..

bengang betul lah.. kami syak pencuri tu tahu yg kami ni baru balik dari kampung..biasalah kan kalu balik dr travel ni sure penat n sure letak barang2 kat ruang tamu dulu..kemas2 kendian..biasanya x de benda berharga pun kat area ruang tamu tu…mujur laptop x diambil sbb mmg x leh buat kuar pun..grill kecik..kebetulan plak..ada jugak kes pecah rumah kat kampung sebelah malam tu..nasib baik x sempat  nak curi apa sbb tuan rumah terjaga…mungkin juga pencuri yg sama ni kan..

kami doakan pencuri tu dapat ditangkap..buat jahat lagi…doa org teraniaya ni makbul tau..

ps : lepas ni kena lebih berhati2..huhu

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge