Lama tak berceloteh kat sini. Lama juga lah tertangguh nak kongsi cerita fasal vaksin Covid-19. Walhal dah fully Covid-19 vaccinated ini dari 22 Ogos lagi. Hehe. Blogger lain dah lama dah kongsi fasal pengalaman masing- masing dicucuk vaksin. Ibu agak ketinggalan sebab mood blogging suam-suam kuku sekarang ini tambah lagi sibuk dengan kehidupan dan kerjaya.
Sebenarnya, ibu agak teruja untuk mendapatkan vaksin ini. Berdaftar di MySejahtera sejak bulan Februari 2021 atau lebih tepat pada 24 Februari 2021 lagi. Tetapi mungkin disebabkan fasa vaksinasi bagi orang awam macam ibu ini dijadualkan di dalam fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) jadi agak lambat giliran ibu untuk divaksinasi. Kalau diikutkan hati memang terasa lambat sangat.
Daftar MySejahtera
Walaupun telah mendaftar dengan menggunakan saluran MySejahtera, ibu juga turut mecuba mendaftarkan diri secara manual. Dan, setelah beberapa kali mencuba dengan menghantar maklumat untuk divaksinasi secara manual iaitu melalui agensi ibu bekerja dan juga melalui NGO, akhirnya pada 15 Julai 2021, ibu menerima SMS yang menyuruh ibu untuk menyemak status vaksinasi di aplikasi MySejahtera. Alhamdulillah, sampai juga giliran ibu. Abah Mifzal pula telah mendapat suntikan dos pertamanya lebih awal daripada ibu. Dan, pada 17 Julai 2021, ibu telah menerima suntikan pertama vaksin Coronavac atau lebih dikenali sebagai vaksin Sinovac. Tempoh vaksinasi juga tidak mengambil masa yang lama. Lebih kurang sejam sahaja dan kebetulan pula ibu datang lebih awal daripada waktu temujanji, jadi cepatlah siap.
Sebelum mengambil suntikan ini, ibu agak berdebar juga kerana ada juga terbaca kisah-kisah yang kurang enak di Facebook mengenai kesan-kesan sampingan atau AEFI vaksin namun setelah mendapat info yang lebih jelas mengenai kesan-kesan tersebut oleh pegawai perubatan yang bertugas ketika saringan, debar ibu sedikit hilang. Kesan yang ibu alami setelh suntikan pertama vaksin Sinovac adalah kesan yang normal. Syukur kerana tiada kesan yang teruk. Ibu hanya merasa sangat mengantuk dan juga lapar. Terasa sedikit sakit ditempat suntikan dan lenguh-lenguh bahu sahaja.
Dose kedua pula, ibu ambil pada 7 Ogos 2021 iaitu 3 minggu selepas suntikan dos pertama. Kali ini, debaran tidak terasa sangat kerana kononya sudah ada pengalaman ketika cucuk kali pertama. Kali ini, ibu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) lebih awal. Rupanya, orang lain lebih awal datang. Kali ini, ibu terpaksa menunggu lebih lama. Hampir dua jam proses vakinasi selesai. Kesan suntikan kedua vaksin Sinovac ini ibu rasakan lebih ketara berbanding suntikan dos pertama. Kesan lain yang ibu alami adalah seperti dizziness. Memang pening sahaja hampir seminggu. Rasa berpusing, kepala agak berat ibu kurangkan dengan memakan ubat panadol. Mujur lah selepas seminggu kesan tersebut hilang.
Fully Covid – 19 Vaccinated
Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2021, ibu telah lengkap divaksinasi dengan vaksin Covid 19. Semoga dengan ikhtiar ini, kita semua terhindar dari bahaya pandemik Covid 19 yang benar-benar mengubah normal kehidupan harian kita.
1,465 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
aamiin semoga kita dijauhkan dari wabak covid 19 ni, risau anak-anak juga
aamiin…sekarang ni kerap sangat dengar org yg dekat2 pula kena covid.. hope semua lekas sembuh.
tunggu yang keeempat dah ni.
haha..
tak tahu berapa banyak kali kena vaksin nanti.
sama lah.. hope dah tak ada yang keempat or seterusnya.
ibu sudah dapat booster dose? Alhamdulillah saya sekeluarga sudah dapatkan booster dose dan semuanya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk
alhamdulilla sudah..booster saya pada hujung november 2021.