Mungkin agak terlewat sebenarnya untuk kongsikan info ini. Ibu pasti info ini sudah dapat diakses daripada pelbagai sumber di internet. Tapi, ibu mahu juga kongsikan di blog IbuMifzal.Com agar mudah untuk ibu dan pembaca lain untuk mendapatkan info berkaitan tarikh pembayaran gaji ini. Biasa tengah-tengah bulan, mulalah ibu google-google bila la tarikh gaji dibayar nih. Poket dah kering. Hehe. Nasib pekerja makan gaji, macam ini lah..hehe.
Nampaknya, tahun ini, tak banyak bulan yang gaji dibayar awal. Hanya bulan Jun dan Oktober 2017 sahaja. Bulan lain, lebih kurang tarikh gaji standard 25 haribulan.
BACA INI : Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2016
Tarikh Pembayaran Gaji Awal
Maksudnya, tak banyak tarikh perayaan yang jatuh selepas 15 haribulan. Tapikan, kalau gaji dibayar terlalu awal pun naya juga. Jenuh lah nak tunggu gaji bulan seterusnya, pasti melebihi 30 hari. Macam kes tahun 2017 ini, gaji bulan Jun di bayar pada 15 Jun 2017 manakala gaji bulan Julai pula dibayar pada 25 Julai 2017. Berapa hari jaraknya tuh? 40 hari beza kan. Aduhai. Bagi bulan Oktober dan November 2017 pula berbeza 42 hari. Lagi Aduhai. Lama nak tunggu. Duit dah tentu banyak habis sebab musim perayaankan.
Jadi, kita kenalah beringat. Perlu menguruskan kewangan dengan berhemat. Peringatan untuk diri sendiri sebab ibu suka boros..huhu.. m(_ _)m
1,541 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Kena banyak beringat. Kalau perancangan kewangan tip top. Tak kisah pun dengan tarikh ni kan
Kerajaan punya tarikh gaji tak tetap ya
.
Kena upgrade sistem lah kan
.
GST cepat je kutip
alamak dalam 10 hari lagi gaji…
harap bersabar dan bajet betul-betul duit kita
hehe..sabar jgn x sabar. betul tu..bajet kewangan dengan bijak agar tidak menyesal di kemudian hari..huhu