Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!


TM Tawar UniFi Lite

Berita baik daripada TM. Telekom Malaysia kini menawarkan pakej  UniFi Lite. Pakej berharga serendah RM149/sebulan ini didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi iaitu sehingga 10 Mbps (download) dan 5 Mbps (upload). UniFi Lite ini turut ditawarkan bersama akses kepada HyppTV Everywhere, selain membolehkan pengguna menikmati panggilan suara STD selama 600 minit secara percuma.

unifi lite

Pakej Baru dari TM

Pakej ini dijangka ditawarkan kepada pelanggan di kawasan yang belum mempunyai liputan UniFi sedia ada iaitu di kawasan liputan streamyx. Pakej paling laju yang diitawarkan menerusi pakej streamyx setakat ini adalah 8 Mbps (download) sahaja dan 0.5 Mbps (upload). Ini akan menjadi pakej internet paling laju yang ditawarkan oleh TM di kawasan yang belum mendapat liputan UniFi Advanced dan Pro.

Harga Pakej Unifi Lite

harga pakej unifi lite

Harga pakej untuk langganan.

Walaupun dinamakan sebagai sebagai UniFi Lite, pakej ini sebenarnya masih lagi menggunakan VDSL dan tembaga sepertimana pakej internet Streamyx namun ditawarkan dengan kelajuan yang sedikit tinggi iaitu 10Mbps.

BACA INI : Tonton HyppTV Daripada TM

unifi lite

Pakej Hypptv bersama Unifi Lite

Jika anda mahukan kelajuan internet yang tinggi dan tanpa kouta serta berada di kawasan yang tidak menyokong fibre optic atau UniFi, ini pakej terbaik anda boleh dapatkan daripada TM. Harganya juga yang tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan pakej Streamyx 4Mbps, menjadikan ia adalah pakej yang agak berbaloi untuk dilanggan.

ps : Ibu baru sahaja melanggan streamyx 8 Mbps. Kira boleh mempertimbangkan pakej ini. Nampak berbaloi-baloi. Beza kelajuan muat naik sangat ketara antara pakej streamyx dan UniFi Lite kan. 

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

You may also like...


5 Responses

  1. ajumohit berkata:

    nak juga langgan unifi ni tapi masih berfikir2 lagi. Rugi bayar astro memahal kan
    Jom baca entri di blog ajumohit : Ammar Muizz genap 2 bulanMy Profile

  2. Khairul Zamri berkata:

    Saya guna Unifi 30mbps pun masih tak rasa macam laju lagi
    Jom baca entri di blog Khairul Zamri : Mee Udang Pakar Paroi SerembanMy Profile

  3. mrhanafi berkata:

    Bagus untuk kerja=kerja di rumah..

    harganya agak boleh tahan kalau melanggan
    Jom baca entri di blog mrhanafi : Kisah Kaya Luwit Cari Duit TambahanMy Profile

    • Ibu Mifzal berkata:

      betul…keperluan internet berkelajuan tinggi sudah menjadi keperluan. Kalau ikutkan harga dengan pakej yg ada skang pun lebih kurang sama ja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge