Tarikh Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 & Cara Semakan Keputusan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pengumuman tarikh keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon-calon PMR pasti merasa teruja dan berdebar-debar untuk mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing. Ibu-bapa juga turut merasa debaran anak-anak mereka.

keputusan pmr

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Bagi Tahun 2012 ialah pada 19 Disember 2012. Para calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada 19 Disember 2012.

Berikut pula ialah cara untuk semakan keputusan PMR secara online pula :-

  1. Buka ke laman Sesawang SAPS
  2. Tekan butang (Warna Hijau) Semakan Ibu Bapa.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
  4. Pilih Sekolah Rendah
  5. Pilih Tahun
  6. Tekan butang Semak Laporan.

Manakalan  bagi semakan Keputusan PMR 2012 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), caranya adalah seperti berikut :-

semak keputusan PMR

Semakan secara SMS bermula 10.00 pagi, 19 Disember 2012 hingga 11.59 malam, 25 Disember 2012

Apa-apa pun diucapkan selamat mendapat keputusan yang cemerlang dan jangan berputus asa sekiranya keputusan tidak seperti yang diharapkan. Masih ada peluang untuk memperbaikinya.

 1,481 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*