Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Dalam keadaan yang tidak berapa sihat pun, tidak membataskan ibu untuk menonton filem The Hobbit : The Unexpected Journey. Filem yang ibu tunggu-tunggu setelah trilogy The Lord Of The Rings di TGV Kinta City, Ipoh semalam bersama Abah Mifzal. Kebetulan ke Ipoh untuk menyelesaikan beberapa urusan, ibu mengambil peluang untuk menonton filem ini.
The Hobbit The Unexpected Journey mengisahkan Bilbo Baggins dipillih untuk menyertai pengembaraan bersama Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin untuk mendapatkan kembali kerajaan Thorin di Erabor di Gunung Sepi (Lonely Mountain) yang telah lama dimusnahkan oleh seekor naga, smuag. Di dalam pengembaraannya, Bilbo Baggins menempuh pelbagai perkara yang tidak diduga dan membuatnya merindui kampung halamannya di Shire.
Filem ini sememangnya mempunyai kaitan dengan trilogy The Lord Of The Rings. Dan, ia turut menyelitkan adegan bagaimana Bilbo Baggins menjumpai cincin The Lord Of The Rings daripada Golunm.
Ibu sangat berpuas hati dengan filem ini, dan tidak sabar untuk menonton lagi kesinambungan filem ini.
Posted from My Samsung Galaxy Note
736 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Rajin nya tengok wayang , sy tk berapa suka 🙂
pengen nonton nih, cuman belum ada yg diajak nonton 🙁
Ramai yang cakap The Hobbit memang best.. Saya masih lagi tidak berkesempatan nak pegi menonton filem ni. Dengar agak lama jugak masa tayangannya.
semoga cpt sembuh ye ibu, owh menarik ye citer ni? tingin nak tgk wayang tp bos asyik busy je 😉
ehem citer mat salleh tak minat sgt…hehehe
bestnya dapat gi tgk wayang, anak kecik lagi nak bwk gi tgk wayang
ramai jugak yang kata best cerita nih
`Betul,saat sakit kita membutuhkan hiburan agar rasa sakit boleh hilang