Dua hari tak mengupdate blog terasa seperti ralat sahaja. Selalu mesti semangat nak update setiap hari walaupun dengan 1 entri sahaja pun dah memadai. Tapi dua hari ini memang masa terlalu mengekang. Dua hari menghadiri kelas di pusat PLK UUM, Kuala Lumpur memang tidak memberi ibu banyak masa untuk menjengah blog. Tetapi, hari ini, bila dapat buka blog, benda pertama yang ibu tengok ialah statistik blog . Alhamdulillah, akhirnya target prestasi blog dah tercapai. Dalam masa dua bulan ibu membuat experiment untuk meningkatkan trafik blog iaitu dengan mengeluarkan entry-entry SEO.
Kalau dulu ibu target dapat UV 700 & PV 3500 pun dah memadai, KLIK SINI dan sekarang boleh bernafas lega sedikit kerana sekarang target dah tercapai. Tambahan bila isu hangat Bajet 2012 ini tengah viral. Tak pernah dapat kumpul 200 unique visitors dalam satu-satu masa. Dahulu, paling banyak pun 30 UV sahaja.
Bagai Mimpi Target Prestasi Blog Dah Tercapai
Sebenarnya, ibu kadang-kadang rasa macam mimpi sahaja trafik blog ini boleh mencecah hampir 100,000 pageviews dan lebih 45,000 unique visitors untuk jangka masa seminggu. Kalau dulu, hanya dengan berangan sahaja. Sekarang, sudah jadi realiti. Selama mana boleh bertahan itu ibu tak pasti. Kena tengok pada kerajinan untuk bermain-main dengan entri SEO.
Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ia adalah untuk dijadikan kenangan dan satu semangat kepada ibu untuk terus aktif dalam dunia blogging ini. Walaupun trafik dah okay, tetapi bukan bermakna ibu mampu menjana duit yang banyak melalui blog. Namun, bukan tak ada langsung. Ada juga, tetapi tidak banyak. Alhamdulillah, ada juga rezeki kan! Dengan hanya berblog boleh menjana pendapatan pasif yang agak lumayan.
919 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
yak pe ,,tk rugi .. selitkan iklan churp2 n ys lagi untung initty payah juga nk dpt income entah lah ..
jgn bg statistik nuff , bg statstik dr cpanel ya ibu utk apply initty tu .. saya pun dah tk byk traffic hehe malas main seo
bee..mmg sy bg awstat cpanel ms apply innity..nuffnang ni just utk rujukan je..kalu ikut awstat mmg lg banyak beza nga stat nuffnang..entahlah belum ada rezeki lg kot..terasa syg gak nga trafik yg ada tp x dpt menjana pendapatan byk (hehe..gaya cam tamak je ni..)..namun hasil dr google adsense boleh tahan jgak 🙂 (boleh lah dr x de langsung kan)
kalau ikut hati mmg malas gak main SEO ni tp sbb blog sy kan bru nak cuba jana trafik guna seo tu yg bertahan gak..w/pun ntah betul ntah x teknik seo sy tuh..maklumlah x berapa paham..ikut pemahaman sendiri je..
wah. mantap la trafik blog ni. inilah penangan entri SEO. semoga kekal mcm ni 🙂
thanks.. x de la mantap mana.. sesiapa pun buleh buat..akak pun tgh buat experiment lg ni..sbb x faham sepenuhnya lg apa tu SEO sebnrnya…